CARI-MAL Publish time 1-8-2023 04:51 PM

Ibarat Tepuk Air Di Dulang, Wanita Sibuk Mengata Ibu Mentua Derhaka Tak Jaga Suami Sakit

Seorang pengguna Facebook meluah perasaan terkilannya melihat layanan diberi ibu mentua ketika bapa mentuanya uzur.


Katanya, dia sebagai menantu tidak mampu berbuat apa kerana enggan masuk campur biarpun sedih melihat arwah bapa mentua menerima layanan buruk daripada isteri derhaka.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202308/01/164648s6clq300ww1n0ux7.jpgGambar hiasan




Malah kata wanita itu, ibu mentuanya malu mahu menguruskan suami sendiri jika ada kawan bertandang ke rumah.


"Sampailah hari ini, pak memtua dah lama pergi. Allah menyayanginya. Kami melihat dengan mata kami bagaimana Allah memberi balasan kepada mak mentua sekarang.


"Hidup mak mentua sekarang ibarat apa yang dia buat dulu terhadap pak mentua. Kadang najis pun tunggu anak pulang kerja baru ada yang basuh," katanya.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202308/01/164739gnx6dxddmmbh8nnd.jpg


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202308/01/164739cyjk3hngz2ckz4kp.jpgAdd Image Caption Here





Bagaimanapun, perkongsiannya itu tidak disenangi pengguna lain yang sepakat menyalahkan anak menantu wanita itu yang sepatutnya dipersalahkan kerana menyerahkan bulat-bulat tanggungjawab menjaga bapa uzur kepada seorang ibu. -CARI

Bawang123 Publish time 1-8-2023 06:45 PM

Baca tajuk..2-3 kali.

cik-jaja Publish time 1-8-2023 11:47 PM

sembang lebih, hendak seribu daya...

fair_iza Publish time 2-8-2023 02:17 PM

Secara tidk langsung, si isteri membuka aib suaminya

zeldaw` Publish time 2-8-2023 04:32 PM

where dreams take flight crossover grid and imagination knows no bounds.

AcikCleaner Publish time 4-8-2023 12:42 AM

Penat jaga orang sakit..pastu orang sakit ni selalunya ada peel yg boleh buat orang keliling dia stress..tak cukup sabar memang boleh naik angin orang yg menjaga tu

isseliparjepun Publish time 5-8-2023 11:34 AM

Penat jaga orang sakit tu. Sebab tu end up mak mertua marah marah. Anak anak la kena jaga. Nak harapkan menantu, time dah sakit baru ingat nak menantu ke. Masa sihat, nak bincang pasal harta, menantu semua tak dibagi dengar.

dua_chzy Publish time 5-8-2023 11:47 AM

Bodohnya si Maisarah ni komen openly pasal ni. Padan muka kau dah viral. Cemana la ko nak hadap ipar duai sedara mara ko nanti termasuk MIL ko kalau anak2 kasik baca komen ko kat dia.

dua_chzy Publish time 5-8-2023 11:48 AM

Hairan betul aku manusia zaman sematfon ni, masing2 seperti dah hilang common sense.
Pages: [1]
View full version: Ibarat Tepuk Air Di Dulang, Wanita Sibuk Mengata Ibu Mentua Derhaka Tak Jaga Suami Sakit


ADVERTISEMENT