CARI-MAL Publish time 1-8-2023 12:15 PM

Lisa Blackpink Bengang, Campak Balik Patung Dilempar Peminat Atas Pentas

Tindakan penyanyi Lisa Blackpink ketika membuat persembahan i Hanoi, Vietnam, baru-baru ini meraih perhatian ramai.


Lisa dalam satu rakaman tular dilihat membaling patung beruang yang dilemparkan peminat ke arahnya.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202308/01/121456eidiiucri6obij5m.jpgmStar



Difahamkan, pada awalnya peminat berkenaan membaling patung tersebut di tengah pentas namun ia dialihkan Rose kerana menganggu laluan mereka.


Namun, Lisa yang dilihat tidak selesa terus mengambil dan membaling semula patung berkenaan ke arah penonton.


Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut menyokong tindakan Lisa, malah meminta penonton yang hadir menghormati kumpulan berkenaan.


Mereka juga berpendapat pihak penganjur perlu mengawal ketat penonton daripada membawa barang yang tidak sepatutnya.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202308/01/121456y71l29aa1d6d1kc7.jpgmStar




"Badan dia pernah kena baling hadiah dari peminat, cuba hormat dia orang.


"Nak beri hadiah bukan macam itu caranya, ada cara lebih elok.


"Mungkin dia baling sebab tahu dalam patung itu ada kamera. Bagus tindakan Lisa!" antara komen netizen.




-061N0gxRGo




Sumber: mStar

whimsicalmusic Publish time 1-8-2023 01:06 PM

da jd trend skrg baling2 benda kt atas pentas. kalo kena teruk mcm bebe rexha tu hadapla kalo jd kes jenayah

xosohay88 Publish time 1-8-2023 01:16 PM

Edited by xosohay88 at 1-8-2023 12:19 PM

Perbuatan tidak baik seorang peminat

BoongaKertas Publish time 1-8-2023 02:01 PM

tetiba teringat cardiB kena baling air masa miming. dia campak terus mic tepat kat pompuan tu (tho iols rasa yg kena tu innocent lady). hahaha!

alesandra Publish time 1-8-2023 03:17 PM

BoongaKertas replied at 1-8-2023 02:01 PM
tetiba teringat cardiB kena baling air masa miming. dia campak terus mic tepat kat pompuan tu (tho i ...

Fan yg x bersalah tu nak saman katanya kann.

BoongaKertas Publish time 2-8-2023 07:46 AM

alesandra replied at 1-8-2023 07:17 AM
Fan yg x bersalah tu nak saman katanya kann.

mmg patut pun kalau nk saman. sakit kot and sheols x bersalah pun. sian dia.

aammyy Publish time 2-8-2023 12:33 PM

whimsicalmusic replied at 1-8-2023 01:06 PM
da jd trend skrg baling2 benda kt atas pentas. kalo kena teruk mcm bebe rexha tu hadapla kalo jd kes ...

Konsert Khalid kat Msia tahun 2018 pun baling phone. Nasib kena dada dia. Tapi mungkin sbb time tu Khalid belum cukup famous, cerita tak viral sgt.

aammyy Publish time 2-8-2023 12:35 PM

Ada video peminat main benda yg mcm pist0l keluar duit tu kat Lisa. Lisa buat muka terkejut sambil reverse. Ghisau gamaknye

stres Publish time 2-8-2023 04:35 PM

aammyy replied at 2-8-2023 04:35 AM
Ada video peminat main benda yg mcm pist0l keluar duit tu kat Lisa. Lisa buat muka terkejut sambil r ...

lisa tu banyak kali dah kena baling benda dgn fans atas stage. sampai dia tak boleh cover dah dia punya muka piss off:shutup:

_blackbird Publish time 5-8-2023 04:16 PM

retis terpaksa hadap perangai sampah fanatic, bila retis bosan mula retaliate layan semula fans mcm sampah dikata retis kekwat ;P

adiwarna Publish time 14-8-2023 02:07 PM

Aku rasa lepas ni kena pasang jaring keselamatan either kat keliling pentas atau kat penonton bahagian depan sbb peel suka2 baling2 botol, gift, coli seluar dlm etc etc

Now, aku faham kenapa kadang2 organizer buat jarak antara penonton depan dgn pentas jauh berkaki2 persegi

Page88 Publish time 15-8-2023 06:52 AM

These fans have got to stop throwing stuff on stage.
Pages: [1]
View full version: Lisa Blackpink Bengang, Campak Balik Patung Dilempar Peminat Atas Pentas


ADVERTISEMENT