tatod Publish time 31-7-2023 10:51 PM

Kabin Pesawat Ke KL Dipenuhi Kepulan ‘Asap’ Tebal, Penumpang Terbatuk-Batuk

Menerusi dua video yang dimuat naik seorang penumpang di laman sosial, kejadian berlaku ketika dalam penerbangan domestik ke Kuala Lumpur.


Rakaman menunjukkan kepulan asap tebal berwarna keputihan memenuhi ruang kabin pesawat.


“Paling nervous bila kena macam ni. Flight on the way balik Kuala Lumpur. Sebab tu kadang takut naik kapal terbang.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202307/31/225143fun2inr1aj8r157n.png



“Nervousnya. Panik dah semua orang,” tulisnya menerusi keterangan video.


Ketika kejadian, cuaca hujan lebat seperti mana dimaklumkan dalam rakaman.


Menurut wanita itu, pada mulanya asap itu nampak normal namun kemudian menjadi semakin tebal dan kuat sehingga tidak terkawal.


Difahamkan, kepulan asap itu merupakan wap air daripada pelembap udara (air humidifier) yang berfungsi untuk mengoptimumkan kelembapan kabin dengan melembapkan udara segar.


Dia bagaimanapun bersyukur kerana pesawat yang dinaiki selamat mendarat di Kuala Lumpur.


Malah dia turut berterima kasih kepada kru penerbangan yang membantu menenangkan semua penumpang di dalam pesawat.


“Alhamdulillah, yang penting selamat touch down (mendarat). Kru pun sangat membantu.


“Kadang benda jadi luar kita punya jangkaan. Jadi tak nak salahkan sesiapa. Mungkin benda pertama kali jadi,” katanya.


Walaupun pengeluaran ‘wap air’ itu sering berlaku dalam pesawat namun kepulan asap tebal dalam penerbangan yang dilihat dalam rakaman dilihat sebagai luar biasa.


Perkara tersebut diluahkan segelintir netizen yang berpengalaman menaiki kapal terbang.




Sumber: mStar

hasniey Publish time 31-7-2023 11:38 PM

Eiii takutnya..mesti dh fikir kapal tgh terbakar

zarulnazmi Publish time 1-8-2023 12:03 AM

kalau dah berkepul macam tu siapa tak panik?

Perawankota Publish time 1-8-2023 01:46 AM

Flight dari mana? Airlines apa

hashashes Publish time 1-8-2023 04:36 AM

Tengok kerusi mcm bukan AA

chiyoasuka Publish time 1-8-2023 05:11 AM

pernah kna mcm ni.. time tu panic trus... tp yg dlm video ni lg tebal…

Themilo Publish time 1-8-2023 07:30 AM

hashashes replied at 31-7-2023 08:36 PM
Tengok kerusi mcm bukan AA

My Airline rasanyahhhh... kerusi nipis macam papan lapis jaa nampaknya :lol::lol:tapi so far, takde orang complain..

kucingitam Publish time 1-8-2023 12:24 PM

mcm ko bawa kereta jugalah..cuaca sejuk, air cond keluar kabus...

Knowlee Publish time 7-8-2023 08:45 PM

Kalau I ni mmg dah panic attack dah... :mad:
Pages: [1]
View full version: Kabin Pesawat Ke KL Dipenuhi Kepulan ‘Asap’ Tebal, Penumpang Terbatuk-Batuk


ADVERTISEMENT