tatod Publish time 31-7-2023 01:15 PM

Melly Goeslaw Dedah Hilang Pekerjaan Hampir 2 Tahun Sebab Dah Bertudung

Kisah dan keputusan setiap selebriti untuk berhijrah sememangnya menarik untuk diikuti kerana menyimpan kisah tersendiri.


Tidak dinafikan sebilangan selebriti yang berhijrah dengan memakai tudung dilihat memperoleh rezeki lebih dengan limpahan tawaran kerja.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202307/31/131512twezlzu7lmkleola.png



Itu untuk sebilangan selebriti, tetapi tidak untuk Melly Goeslaw. Dalam satu temubual di Youtube The Sungkars, Melly Goeslaw mengimbau kembali proses penghijrahannya.


Katanya, pada saat dia mula membuat keputusan untuk bertudung, dia tidak seperti orang lain yang akan serta merta mendapat pelbagai tawaran.


"Bila saya mula pakai tudung, saya tak macam orang lain. Kalau saya nampak orang lain, akan serta-merta dapat endorsement atau sebagainya.


"Saya tidak mempunyai pekerjaan selama dua tahun. Dua tahun saya tidak mempunyai pekerjaan langsung!" katanya.


Tambahnya lagi, dia tidak mempunyai sebarang pekerjaan selama dua tahun selepas dia memilih untuk bertudung.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202307/31/131528gpk1c6tw539rc151.jpg



Biarpun tidak pernah mendapat pekerjaan, dia tidak pernah menyesali keputusan untuk bertudung malah Melly Goeslaw terus berfikiran positif.


Katanya juga, selain berfikiran positif, suaminya merupakan orang kuat yang sentiasa memberikan sokongan terhadapnya.


Bukan itu sahaja, suaminya juga turut memaklumkan perubahan yang berlaku terhadap Melly selepas bertudung apabila dia kelihatan lebih ceria semasa berada di tempat kerja.




Sumber: Murai

Themilo Publish time 31-7-2023 01:36 PM

kurusnyaahhh mbak melly now

apedehal Publish time 31-7-2023 02:44 PM

Themilo replied at 31-7-2023 01:36 PM
kurusnyaahhh mbak melly now

Dia buat bariatrik kan..tbaca kat mana ntah

Perawankota Publish time 31-7-2023 02:56 PM

Tapi aku percaya, wlupon 2tahun dia x der job, duit dia masih banyak…

OshinDaSolja Publish time 31-7-2023 03:32 PM

takpelah xde job pun tp dpat pahala... pahala pkai tudung tu yg nk bawak ke akhirat nnt... job bole cari jgn risau... timbangan pahala tu yg kita risau sbb kita tak nmpk amount dia...

myakayina Publish time 31-7-2023 03:53 PM

tak dpt job pun tapi royalti lagu2 ciptaan beliau dan anto hoed tetap jln ..
Pages: [1]
View full version: Melly Goeslaw Dedah Hilang Pekerjaan Hampir 2 Tahun Sebab Dah Bertudung


ADVERTISEMENT