tatod Publish time 31-7-2023 01:04 PM

Isteri Pemain Bola Tempatan 'Scam' Jual Perabot?

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202307/31/130432yktthgfxrupbtt0i.png



Seorang individu di Twitter mengingatkan orang ramai agar tidak terperangkap dalam modus operandi penipuan jual beli secara atas talian yang dilakukan oleh isteri kepada pemain bola sepak di sebuah negeri di pantai timur.


Wanita itu difahamkan kembali melakukan kegiatan penipuan tersebut menjual perabot dengan harga sekitar RM300 dengan syarat ‘siapa cepat dia dapat’.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202307/31/125332g0a4ez6nossn4b3t.jpg

Sebelum ini, 'scammer'tersebutpernah ‘kantoi’ malah tidak pernah membayar balik duit hasil ‘scam’ daripada orang ramai itu, netizen kini lebih peka dan ia didedahkan sekali lagi di Twitter.


Tidak pernah menyesal dan seperti ‘kebal’ daripada tindakan undang-undang, wanita itu kali ini cuba menjual meja solek yang sebenarnya diambil foto daripada Google semata-mata.


Berikutan itu, seorang individu telah mendedahkan tindakan wanita itu di Twitter dan meraih perhatian ramai terutamanya mangsa penipuan jual beli sebelum ini.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202307/31/125519rhqr421bejz1eh2o.png

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202307/31/125946undashsllxn41jhh.jpg





Dianggap tidak pernah serik dan diibaratkan makan ‘duit haram’, netizen berharap wanita itu dan suaminya dikenakan tindakan undang-undang kerana difahamkan sudah ramai menjadi mangsa penipuan pasangan tersebut.




Sumber: Beautifulnara









babelina Publish time 31-7-2023 04:12 PM

bini sapa nie..

acikonion Publish time 31-7-2023 04:12 PM

serius la? takkan xde yg report polis. bini pemain bola kot

prettyuglybabe Publish time 31-7-2023 04:40 PM

K E L...

lanacondor Publish time 31-7-2023 08:52 PM

Sekali cerita rekaan je. Twitter ni bkn leh caya sgt
Pages: [1]
View full version: Isteri Pemain Bola Tempatan 'Scam' Jual Perabot?


ADVERTISEMENT