CARI-MAL Publish time 31-7-2023 12:53 PM

Cardi B Mengamuk Baling Mikrofon Ke Arah Penonton Dipuji Peminat

Penyanyi rap terkenal, Cardi B tidak berdiam diri apabila 'diserang' penonton ketika membuat persembahan di Drai’s Beach Club, Las Vegas, Sabtu lalu.


Dia yang berang disimbah air minuman kemudian membalas dengan mencampakkan mikrofonnya ke arah individu terbabit.


Menerusi video tular tersebut, Cardi B atau nama sebenarnya Belcalis Marlenis Almánzar dilihat disimbah dengan air minuman ketika sedang melantunkan lagu hitsnya Bodak Yellow.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202307/31/125344lqqbobqeywqqlfqk.jpgFox News




Tidak berdiam diri, penyanyi rap berusia 31 tahun itu segera bertindak membaling mikrofonnya kepada penonton biadab tersebut.


Susulan daripada itu, anggota keselamatan dilihat bergegas meluru kepada individu yang berada dalam tempat duduk penonton itu.


Insiden tersebut seterusnya meraih pelbagai respon dan komen daripada netizen yang rata-ratanya bersetuju dengan tindakan Cardi demi menjaga keselamatannya.


“Bagus Cardi, jangan terlalu beri muka kepada penonton yang biadab, kita tidak tahu itu air biasa atau dia berniat jahat untuk menyimbah asid,” komen seorang peminat


“Cardi memang berani, penonton tidak patut membaling objek kepada artis yang sedang menyanyi, bukan sahaja melampau tapi mungkin berisiko mencederakan penyanyi tersebut,” demikian komen seorang lagi netizen.


Bagaimanapun, insiden sedemikian bukanlah kali pertama berlaku kepada artis terkenal ketika sedang membuat persembahan.


Terdahulu, beberapa artis terkenal lain seperti Drake, Kelsea Ballerini, Harry Styles dan Bebe Rexha dilaporkan turut menjadi sasaran penonton untuk melemparkan objek ke pentas dengan alasan terlalu minat.




Sumber: KOSMO! ONLINE

cikatilia Publish time 31-7-2023 01:01 PM

tepat yachh.. puas hati tgk angle ke 2

chilly Publish time 31-7-2023 01:50 PM

Haa elok. Dah tau perangai macam gamp dok diam-diam kat rumah. Tu makan dia. Bagusla dia bagi mekropon, kot dia bagi tumit heels dia. Berlubang masa depan kau.

alesandra Publish time 31-7-2023 04:48 PM

Dlm masa yg sama kantoi gak dia sebenarnya miming.elok kena simbah dgn air longkang je

Yoonggi Publish time 31-7-2023 04:57 PM

xleh brain aku alasan terlampau minat tu yg simbah air/baling brg kt artis ni

gideoncross Publish time 31-7-2023 07:49 PM

Yoonggi replied at 31-7-2023 04:57 PM
xleh brain aku alasan terlampau minat tu yg simbah air/baling brg kt artis ni

Btul tu, x kira apapun x boleh gak kita nak sukati2 nak lempar brg kat org.

ibugarang Publish time 1-8-2023 07:13 AM

memang tak paham spesies yg suka campak barang atas stage time retis tengah perform, buatnya luka ke ape..tue rasain dia..

Labeaute Publish time 1-8-2023 03:10 PM

pernah tgk IU (penyanyi korea) dibaling dgn botol mineral tepat kena pp dia kecian merah pp dia tp dia balas dgn senyuman... rasa tuu bukan peminat dia
Pages: [1]
View full version: Cardi B Mengamuk Baling Mikrofon Ke Arah Penonton Dipuji Peminat


ADVERTISEMENT