tatod Publish time 31-7-2023 11:29 AM

Ustaz Muda Tak Mengaku Salah Langgar Kereta Jemaah Surau

Timbul perselisihan faham antara jemaah surau dan seorang ustaz muda berusia 21 tahun gara-gara kemalangan kecil membabitkan kenderaan yang individu tersebut.


Anak lelaki kepada jemaah surau tampil mendakwa ustaz itu berkali-kali menuntut ganti rugi tunai daripada pemandu kereta warga emas hingga menjejaskan kesihatannya.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202307/31/112645m8l7m2mu91oyliu9.png



Anak lelaki warga emas itu kemudian masuk campur dan mula 'menyiasat' tentang kemalangan yang berlaku pada Ramadan lalu.


“Katanya ayah saya langgar dia (ustaz). Sekali orang surau beritahu bukan salah ayah. Ayah saya pula dah bayar (ganti rugi) RM200 masa kejadian tu.


“Sekarang ustaz tu menuntut bayar cat kereta. Yang aku hangin (marah), setiap kali dia mesej ayah, ayah kena serangan jantung. Ni kali kedua ayah masuk hospital lepas ustaz tu hubungi dia,” dakwanya menerusi bebebang di Twitter.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202307/31/112823d6ons6qbeoebunkc.jpg



Menerangkan lanjut tentang insiden itu, lelaki berkenaan berkata kemalangan tercetus ketika bapanya sedang mengundurkan kenderaan. Namun tanpa diduga, ustaz berusia 21 tahun yang didakwa tergesa-gesa untuk mengimamkan solat Tarawih itu terus meluru hingga berlakunya kemalangan.


“Dia nampak ayah saya reverse, tapi dia main jalan je. Jadinya kereta ustaz tu bercalar panjang. Kemudian, ada jemaah surau tu beritahu yang kenapa ayah bayar sebab bukan salah dia.


“Ustaz tu yang tergopoh sebab lambat nak jadi imam. Dia main jalan je walaupun ayah tengah undur. Macam mana dia cakap ayah saya langgar.


"Kalau kereta dia statik parking, kemek. Ye, betul tu ayah aku langgar. Ni calar, dia pi menyelit time ayah aku reverse. Saya mulanya malas masuk campur. Ni dah melampau sangat siap ugut-ugut bagai,” katanya lagi.


Menerusi bebenang sama lelaki berkenaan berkongsi tangkap layar mesej perbualannya dengan ustaz berkenaan. Malah ustaz itu dikatakan berdolak dalih apabila diajak untuk bersemuka bagi menyelesaikan kemelut antara mereka.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202307/31/112844ngiprrwx4ir42gr9.jpg



“Saya memang teringin nak jumpa ustaz ni. Alamat semua ada dah. Muda lagi baru 21 tahun. Kereta pun nama mak. Tapi masih fikir dia ustaz, malas nak serang dekat rumah.


“Daripada bulan Mei saya suruh ayah buat laporan. Tapi ayah tak buat sebab ustaz tu senyap dah, ayah pun lupa. Baru ni dia hantar mesej dekat WhatsApp lagi. Terus ayah kena serangan jantung sampai pengsan dekat kedai,” ujarnya.


Hantaran tersebut menerima pelbagai reaksi netizen.


Untuk rekod sehingga kini tidak dapat dipastikan apakah kesudahan perbalahan antara mereka.




Sumber: mStar

BoongaKertas Publish time 31-7-2023 11:54 AM

buat report polis atas gangguan. then block jer number ustaz. merepek sgt calar jer tp beria sgt nak pampasan.

esbok Publish time 31-7-2023 12:00 PM

BoongaKertas replied at 31-7-2023 11:54 AM
buat report polis atas gangguan. then block jer number ustaz. merepek sgt calar jer tp beria sgt nak ...

Jangan main2, jumpa yang jenis mcm merak tercabut ekor ni, calar 2 ruas jari boleh gegak gempita.
Kena plak kalau jenis mcm setad ni, dia salah dia yang gegak gempita, lagi mcm coii



BoongaKertas Publish time 31-7-2023 12:06 PM

esbok replied at 31-7-2023 04:00 AM
Jangan main2, jumpa yang jenis mcm merak tercabut ekor ni, calar 2 ruas jari boleh gegak gempita.
...

tulah psl, report polis pun dia x buat. pakcik tu xtau hak dia, boleh lah dia "gula2kan" pakcik tu. mohon anak pakcik amek next legal action.

cycra Publish time 31-7-2023 12:16 PM

sebab kereta mak ustaz..tu yg ustaz cuak,,mungkin mak ustaz tu sampai hari ni dok berzanji kat telinga dia kereta calar..ahahahah

Yoonggi Publish time 31-7-2023 12:20 PM

ustaz apa mcm ni. perangai x serupa seorg ustaz pun.

HuoJingJue Publish time 31-7-2023 12:25 PM

ko pikir dia ustaz punca tak serang..
padahal dia pikir bapak ko punca dia boleh korek dia ko tak pikir pulak..

prettyuglybabe Publish time 31-7-2023 12:37 PM

tapi kalau i tengok punca kejadian, sememangnya salah pakcik tu..
sebab kereta yang dilanggar berada di jalan yang betul..
tak kira la alasan dia lambat ke apa ke, janji itu memang jalan dia..
pakcik tu nak keluar parking kena tunggu jalan clear baru keluar..
melainkan kereta belakang bagi laluan, baru dia boleh keluar..
kalau gambar first tu picture kereta yang dilanggar, maksudnya kereta tu kedudukan adalah betul di belakang kereta yang melanggar..
sebab calar kemek tu lepas tayar belakang..
so kau pun sama je guna nama orang tua untuk salahkan budak tu..

mawardia Publish time 1-8-2023 12:43 AM

Bitchy nya setaz tu. Spekuan liar I ols menyatakan dia gay.

LadyCarefree Publish time 8-8-2023 12:52 AM

ustad apa ya umur 21 tahun?

Rotipitadaging Publish time 11-8-2023 09:12 PM

Setahu aku org yg reverse lah salah...dia kena make sure jalan clear kalau nak reverse...tp tahla takde video tak tau nak judge
Pages: [1]
View full version: Ustaz Muda Tak Mengaku Salah Langgar Kereta Jemaah Surau


ADVERTISEMENT