tatod Publish time 30-7-2023 11:34 AM

Mimi Peri Enggan Ubah Wajah Walau Selalu Jadi Bahan Bualan, Anggap Netizen Hanya Bergurau

Personaliti media sosial Indonesia, Mimi Peri tidak pernah berniat untuk melakukan pembedahan pada wajah meskipun rupa parasnya sering menjadi topik bualan netizen.


Tidak ambil hati dengan komen ditulis netizen, Mimi atau nama sebenarnya Ahmad Jaelani, 35, menganggap kata-kata berbaur hinaan yang dilemparkan itu hanyalah gurauan semata-mata.


Dia juga menegaskan dia bersyukur dengan dirinya dan sama sekali tidak akan melakukan sebarang perubahan pada wajah atau tubuhnya.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202307/30/113318wj3zfzjzf31bgir2.png



"Bagi saya pembenci (haters) itu hanya mahu bergurau sebagai hiburan, jadi biasalah kalau mereka tulis sesuatu sehingga menghina orang lain.


"Tapi sejujurnya saya sangat bersyukur kepada Allah kerana telah mencipta saya seperti ini. Saya tidak pernah berniat untuk membuat pembedahan wajah walaupun sudah kaya nanti.


"Dengan muka seperti ini sahaja saya sudah diterima berlakon filem, kenapa harus saya berubah. Saya bersyukur dengan diri saya seadanya," katanya kepada mStar.


Kejayaan Mimi membintangi filem Mat Tudung Begins arahan pelakon Datuk Fizz Fairuz turut menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan netizen.


Kata Mimi, dia menyedari dirinya mungkin tidak diterima di Malaysia memandangkan personalitinya yang agak lembut.


"Sebelum ini ramai yang tidak percaya dan memandang rendah kepada saya. Ada juga yang mengatakan tidak mungkin lelaki lembut seperti saya diterima di Malaysia.


"Saya hanya meletakkan kepercayaan kepada Fizz kerana saya tahu dia adalah orang yang baik. Jika kita melayan... mereka (netizen) makin bertambah suka jadi sekiranya saya dihina untuk membahagiakan mereka, tak apa la," ujarnya.


https://www.instagram.com/p/CvM3vzfv_YV/?img_index=1


Pertama kali menjejakkan kaki ke Malaysia, Mimi berkata impiannya untuk mengunjungi Menara Berkembar Petronas (KLCC) akhirnya tercapai.


Justeru itu, dia mengucapkan terima kasih kepada Fizz kerana memberikan peluang ini sekaligus dapat merealisasikan impiannya itu.


Ditanya apakah yang membuatkan dirinya bersetuju untuk berlakon dalam filem berkenaan, Mimi memberitahu dia terbuka untuk menimba pengalaman baru lebih-lebih lagi dapat bekerjasama bersama pelakon Malaysia.


Malah, dia terkejut dengan penerimaan peminat di negara ini yang memberikan layanan cukup baik.


"Saya menerima tawaran ini kerana mahu menimba pengalaman baharu dan dapat bergandingan bersama pelakon-pelakon di Malaysia.


"Saya senang sekali apabila ramai juga peminat di sini yang mahu mengambil gambar bersama saya... sejujurnya saya tidak pernah ke mana-mana selain di kampung sendiri," katanya.




Sumber: mStar

OshinDaSolja Publish time 30-7-2023 04:54 PM

haishh laa... dok bawak org2 mcm ni dtg sini buat apa laa... pastu bg dia publisiti pulak... teruk dh Malaysia ni... sedih iollz...

AngelFreakyAF Publish time 2-8-2023 06:23 PM

Sahurrrrrrr

Selubung Publish time 11-8-2023 12:38 AM

Plsss laa org mcm ni kau panggil berlakon.. sedih noksss.. dah x de org lain ke berlakon pape pun mimi kau enjoy je la tiberrr

anony-mous Publish time 11-8-2023 01:08 AM

OshinDaSolja replied at 30-7-2023 04:54 PM
haishh laa... dok bawak org2 mcm ni dtg sini buat apa laa... pastu bg dia publisiti pulak... teruk d ...

Salahkan tok piz peruz. Tp ye la heols pon bkn cerdik. Tgk pon tau jenis xhbis sekolah , plg2 spm je
Pages: [1]
View full version: Mimi Peri Enggan Ubah Wajah Walau Selalu Jadi Bahan Bualan, Anggap Netizen Hanya Bergurau


ADVERTISEMENT