Raline Publish time 29-7-2023 11:05 PM

“Saya trauma!” -Wanita diserang lelaki psiko di LRT Maluri, ketuk2 tren bergerak guna kasut

“Saya trauma!” -Wanita diserang lelaki psiko di LRT Maluri, ketuk2 tren bergerak guna kasut

https://ohmymedia.cc/wp-content/uploads/2023/07/lrt.png


Video seorang wanita yang diserang seorang lelaki dipercayai kurang siuman di LRT Maluri semalam telah tular di media sosial.

Dapat dilihat yang wanita terbabit dipeluk sehingga terjatuh sebelum orang ramai yang berada di lokasi kejadian tampil membantu menarik lelaki terbabit.

Gomol wanita tunggu LRT
Lelaki psiko itu seakan-akan enggan melepaskan wanita tersebut namun berjaya diselamatkan oleh mereka yang sama-sama memunggu LRT di kawasan berkenaan.


https://ohmymedia.cc/wp-content/uploads/2023/07/Screenshot-2023-07-29-at-12.16.43-PM.png

Ketuk2 kasut dekat tren bergerak




Tak cukup dengan itu, lelaki terbabit turut turun ke landasan LRT dan mengetuk tren yang sedang bergerak menggunakan kasut sehingga mendatangkan kerisauan kepada orang ramai.

https://ohmymedia.cc/wp-content/uploads/2023/07/Screenshot-2023-07-29-at-12.17.00-PM.png
Susulan tularnya video wanita diserang di stesyenLRT tersebut, ramai yang meninggalkan komen sehingga muncul satu ciapan dipercayai mangsa kejadian berkenaan meminta orang ramai berhenti untuk menyebarkan video yang melibatkannya.

Tolong padam, mangsa trauma
Dia akui cukup trauma kerana kejadian berlaku begitu cepat dan sangat menakutkan memandangkan lelaki itu masih lagi mengejarnya selepas dia berjaya melepaskan diri.

Mujur ada polis bantuan dan staf RapidKL yang membantu menyorokkannya daripada terus diekori lelaki terbabit.

https://ohmymedia.cc/wp-content/uploads/2023/07/F2K8-GXbMAA-vWk-1.jpeg
Difahamkan, laporan polis sudahpun dibuat dan siasatan juga sedang dijalankan diatas insiden tersebut.

Jadi, dia memohon agar orang ramai berhenti menularkan video berkenaan kerana dia sudah cukup trauma dan tidak mahu melihatnya lagi.

Sumber: Twitter
https://ohmymedia.cc/saya-trauma-wanita-diserang-lelaki-psiko-di-lrt-maluri-ketuk2-tren-bergerak-guna-kasut

Pages: [1]
View full version: “Saya trauma!” -Wanita diserang lelaki psiko di LRT Maluri, ketuk2 tren bergerak guna kasut


ADVERTISEMENT