Raline Publish time 29-7-2023 10:38 PM

Peminat Muse serbu Bukit Jalil seawal jam 9 pagi

Peminat Muse serbu Bukit Jalil seawal jam 9 pagi

https://assets.bharian.com.my/images/articles/WhatsApp_Image_2023-07-29_at_7.02.28_PM_1690629078.jpg
Peminat sanggup datang awal ke SNBJ bagi membeli barangan cenderahati rasmi Muse yang dijual di perkarangan stadium. Foto HM Online


KUALA LUMPUR : Peminat kumpulan Muse mula berkumpul dan beratur seawal jam 9 pagi bagi menyaksikan Konsert Muse: Will of the People World Tour in Kuala Lumpur, pada jam 8.30 malam ini di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), di sini.

Menurut petugas di acara berkenaan, peminat sanggup datang awal kerana tidak mahu terlepas membeli barangan cenderahati rasmi kumpulan dari Britain itu yang turut dijual di tapak perkarangan konsert.

"Sekitar jam 11 pagi, barisan pengunjung yang ingin membeli barangan cenderahati itu sudah sampai ke kawasan LRT (Transit Aliran Ringan) Bukit Jalil," katanya.

Jelas, peminat tegar baik dari Malaysia mahupun luar negara enggan ketinggalan menyaksikan persembahan Muse yang cuma singgah ke negara ini saja bagi menjayakan siri jelajah Asia mereka.

Dibawakan penganjur Hello Universe Malaysia, kehadiran Muse sudah mengujakan ramai sejak pengumuman konsert mereka di sini, beberapa bulan lalu.

Kumpulan yang popular menerusi lagu Starlight dan Hysteria pernah mengadakan konsert sulung di Malaysia di Stadium Negara pada 2007.

Kali terakhir Muse mengadakan persembahan di Asia adalah pada 2019 menerusi acara Singapore Grand Prix yang juga sebahagian daripada jelajah konsert Simulation Theory. - HM Online


Sumber:https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2023/07/1133244/peminat-muse-serbu-bukit-jalil-seawal-jam-9-pagi

laicibiru Publish time 2-8-2023 01:58 PM

ni kalau time Blackpink haritu gigih la ustaz berbunyi, time Muse ni takde yang berbunyi ke?

kkm123 Publish time 2-8-2023 02:35 PM

Muse datang ni takde yang berbunyi ke?
Pages: [1]
View full version: Peminat Muse serbu Bukit Jalil seawal jam 9 pagi


ADVERTISEMENT