CARI-MAL Publish time 29-7-2023 12:49 PM

Pak Haji Dapat Pelayan ‘Manja’ Di Starbucks, Isteri Terus Cubit Dan Komen Air Tak Sedap Sebab Pelayan Menggedik

Tular video di TikTok seorang isteri cemburu melihat suaminya dilayan dengan manja ketika membuat pesanan minuman di sebuah Starbucks pandu lalu di Kuala Lumpur.


Video dirakam sendiri isterinya itu kemudian dimuat naik di TIkTok FaridFahmi81.


Farid juga dilihat melayan dengan baik segala pertanyaan wanita berkenaan terutama apabila lelaki itu mengucapkan kata selamat tinggal 'tata'.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202307/29/124638s3c9wg983rwt534b.jpgTikTok




"Asal menggedik (manja) sangat suara dia?" kata si isteri dalam nada bergurau, selepas perbualan antara suami dan pelayan berakhir.


"Janganlah marah dia," balas suami kepada isterinya sambil tersenyum-senyum.


Tidak terhenti di situ, si suami kemudiannya turut memuji kecantikan pelayan tersebut sebaik tiba di kaunter bayaran.


"Pretty," kata Farid sejurus melihat pelayan tersebut.


Dalam rakaman video juga, dapat dilihat si isteri mencubit manja suaminya sebagai 'amaran' supaya tidak menggatal dengan pelayan.








Melihat suami mengeluarkan wang RM40 melebihi harga minuman yang dipesan, si isteri mula berasa pelik kerana beranggapan suaminya mahu memberi tips kepada pelayan atas layanan baiknya.


"Top up lah (tambah nilai kad Starbucks). Awak ni merapik (merepek) lah," kata Farid.


"Awak jangan nak miang-miang sangat Farid.


"Haji dah kan... mabrur kan," kata isteri memberi amaran kepada suami setelah membuat bayaran.


Dalam pada itu, suaminya sempat memuji pelayan apabila minuman dipesan disiapkan dengan segera tanpa perlu menunggu lama.


"Tengok... dapat Caramel Machiatto. Mujur tak ambil (perisa) honeycomb," berkemungkinan berseloroh dengan isteri untuk bermadu.




202307up_169060603210


Malah, jika diteliti pada ruangan komen, netizen turut menyatakan mereka memahami maksud tersirat di sebalik 'honeycomb' yang disebut Farid.


Seterusnya, apabila ditanya mengenai rasa air minuman tersebut, si isteri menjawab bahawa air tersebut pahit.


Menurut si suami, isterinya memberi komen sebegitu disebabkan layanan staf wanita yang bersuara 'profesional'.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202307/29/124738nggqmqjhw4t4jw0y.jpg



Dalam pada itu, rata-rata netizen turut mempertikaikan mengenai ucapan selamat tinggal (ta ta) yang diujarkan suami kepada pelayan.




Sumber: mStar

Skuau Publish time 29-7-2023 01:50 PM

bila citer nk msk netflix....

LadyCarefree Publish time 29-7-2023 10:20 PM

Demi konten lah ni

chiyoasuka Publish time 30-7-2023 02:37 AM

hahahhahahahahaha

bungarose Publish time 30-7-2023 12:34 PM

Geli juger dengar suara staff starbucks sahut menyahut cenggituh
Takkan takder training and sop untuk staff deyols. Tak sesuai laks bersuara manja meleweh² untuk ambil order :lol:

doubleharmonic Publish time 30-7-2023 01:36 PM

nampak belakang badan heshe tu ada bonjolan? ada ketumbuhan kerr? kemahen yachh ko bang nak siap ber tata bagai tak padan dengan sakit

doubleharmonic Publish time 30-7-2023 01:37 PM

bungarose replied at 30-7-2023 12:34 PM
Geli juger dengar suara staff starbucks sahut menyahut cenggituh
Takkan takder training and sop untu ...

kalau suara tegas macam sub inspektor sielah nanti takde pulak orang nak order ;P:lol:

otai_g Publish time 30-7-2023 04:22 PM

Aaa ni founder mn plk ni? Hahaha

kucingitam Publish time 31-7-2023 10:41 AM

bungarose replied at 30-7-2023 12:34 PM
Geli juger dengar suara staff starbucks sahut menyahut cenggituh
Takkan takder training and sop untu ...

ritu gi starbucks pun dapat barista manjah... dari nak beli hazelnut latte terus tah pape benda yang aku beli merepek2 dgr dia punya promo air ni sedap yada2...cair dgn barista tersebut..aduhai...

Supersirap Publish time 31-7-2023 10:44 AM

Ok la tu, tiada apa-apa yang perlu dicemburukan

Yoonggi Publish time 31-7-2023 10:55 AM

setakat ni aku p drive through, x penah dpt yg pompuan amik order, lelaki je. xde manja2 pun, tp dia promo la amende yg tgh ada promo.

HuoJingJue Publish time 31-7-2023 12:27 PM

bosan la benda cmni pun naik fyp

becir Publish time 31-7-2023 01:01 PM

ada 81 kat belakang so meaning lakinya baru 42 kah?

gila tua muka

prince_marhaen Publish time 31-7-2023 03:55 PM

akak ngan laki akak dah padan lah kak...jgn risau sgt... tak nak jeles sila buat suara manja gitu...and pakai lawa sikit kalau keluar tu.. jap lagi sibuk nak insecure la jeles la...pastu up video.. yihh

tokchik Publish time 31-7-2023 03:58 PM

aku tengok sekali imbas aku ingatkn perempuan tu kiah propA

babelina Publish time 31-7-2023 04:16 PM

geli pula dgr suara gedik gitew..

Samerosie Publish time 31-7-2023 08:55 PM

Geli lagi iols nengok muka miniknya alaw jeles tak tentu pasal pastu ujung2 nak buat suara manja dgn muka tikus mondok ..ish subhanallah aku termuka shame pulak.
Pages: [1]
View full version: Pak Haji Dapat Pelayan ‘Manja’ Di Starbucks, Isteri Terus Cubit Dan Komen Air Tak Sedap Sebab Pelayan Menggedik


ADVERTISEMENT