mattzzx Publish time 29-7-2023 11:47 AM

Verstappen yakin kuasai GP Belgium, biarpun dikenakan penalti

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/ver_1690595148.jpg
VERSTAPPEN tiba di Spa-Francorchamps menjelang GP Belgium. FOTO REUTERS

Belgium: Max Verstappen tetap yakin mampu memenangi perlumbaan Formula One (F1) Grand Prix (GP) Belgium esok, biarpun dikenakan penalti lima petak grid kerana menukar kotak gear.

Verstappen yang juga pemandu pasukan Red Bull adalah pendahulu keseluruhan pemandu terbaik dan sedang memburu kemenangan kelapan berturut-turut.

Katanya, dia kini berada dalam momentum terbaik untuk meneruskan dominasinya biarpun dikenakan penalti.

"Tahun lalu, saya menerima banyak penalti termasuk pernah memulakan saingan di grid ke-14.

"Jadi kita masih boleh memenangi perlumbaan ini pada hari Ahad dan kita akan lihat juga keadaan cuaca serta suasana semasa hari perlumbaan itu nanti.

"Suasana di sini sangat bagus di mana begitu ramai penyokong yang datang. Saya sudah biasa berlumba di litar ini, jadi ia ibarat berlumba di rumah kedua bagi saya," katanya.

Dia tampil kali ini dengan Red Bull mahu melebarkan rekod 13 kemenangan berturut-turut termasuk kemenangan ke-12 dalam semusim, sekali gus menjadi pasukan pertama mencapai kejayaan itu dalam semusim.

Verstappen menang tujuh perlumbaan terakhir dan memburu kemenangan ke-10 daripada 12 perlumbaan pada musim ini.

Dia mendahului rakan sepasukannya dari Mexico, Sergio Perez dengan kelebihan 110 mata.
https://www.hmetro.com.my/arena/permotoran/2023/07/993005/verstappen-yakin-kuasai-gp-belgium-biarpun-dikenakan-penalti
Pages: [1]
View full version: Verstappen yakin kuasai GP Belgium, biarpun dikenakan penalti


ADVERTISEMENT