tatod Publish time 29-7-2023 08:22 AM

Melly Goeslaw Berhenti Merokok Selepas Pembedahan Bariatrik

Penyanyi dan komposer Indonesia Melly Goeslaw sudah meninggalkan tabiat merokok susulan melakukan pembedahan bariatrik pada Julai tahun lalu.


Melly atau Melliana Cessy Goeslaw, 49, berkata, dia sebenarnya tidak pernah mempunyai keinginan berhenti merokok namun kesan pembedahan berkenaan membuatkan dia merasa mual apabila mencium bau tembakau.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202307/29/082209oobdp6fvdxoh3fy3.jpg



"Saya sudah berhenti merokok, jadi mual kalau merokok. Selepas pembedahan bariatrik, lihat kotak rokok pun buat saya mual!


"Mungkin disebabkan perubahan hormon, doktor sahaja boleh menjelaskan kesannya tapi Alhamdulillah perubahan besar," katanya seperti dilaporkan Kompas.


Dalam pada itu, Melly memberitahu sejak melakukan pembedahan berat badannya sudah turun sebanyak 34 kilogram.


Malah katanya, dia kini tidak boleh makan dalam kuantiti yang besar selain penyakit diabetes dihidapinya sebelum ini sudah pulih sepenuhnya.




SUmber: mStar

marchikobonzo Publish time 29-7-2023 12:18 PM

Padan la teh makin cun & kurus
Pages: [1]
View full version: Melly Goeslaw Berhenti Merokok Selepas Pembedahan Bariatrik


ADVERTISEMENT