tatod Publish time 28-7-2023 09:21 PM

Tular Video Lelaki Nak Kahwin Dengan Ameera Khan, Netizen Suruh Berpijak Di Bumi Yang Nyata

Nama pempengaruh Ameera Khan mulai menjadi sebutan gara-gara tular sebuah video yang dikongsikan oleh peminatnya, Syed Aiman yang seakan-akan obses dengan adik kepada selebriti Noor Neelofa itu.


Xtra melaporkan, hasil pemerhatian mendapati lelaki tersebut memuat naik pelbagai 'content' seperti suntingan video dan gambarnya bersama Ameera.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202307/29/110311pmn7nmhfmnhfhl4l.pngGambar profil TikTok Syed Aiman




Bukan itu sahaja, salah sebuah video tular di aplikasi TikTok menunjukkan individu tersebut meluahkan hasrat atau perancangan untuk bertunang serta mendirikan rumah tangga bersama Ameera dalam masa dua tahun lagu.


Meninjau di ruangan komen, ramai warganet meluahkan rasa bimbang terhadap keselamatan Ameera yang sepertinya mempunyai peminat yang terlalu obses untuk bersamanya.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202307/28/211943o9naa661461l44mv.png


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202307/28/211943mcxcjey67xbghkhy.png



Ramai dalam kalangan mereka meminta individu berkenaan untuk berpijak di bumi yang nyata serta berharap lelaki tersebut tidak melampaui batas.




Sumber: Xtra

doubleA Publish time 28-7-2023 11:26 PM

Kalau ko kaya boleh la, kalau kurang dalam mimpi jela eman. Btw kalau iols laki kaya tak minat dgn lemak ni, kuat sgt aura bimbo dan pemalasnya, tau posing, bergambar dan buat video jela

Rogue98 Publish time 28-7-2023 11:34 PM

Masuk jer lah meminang dik...sampai bila nak edit sebelah2...nak tackle lemak ni senang jer....kau tak perlu kaya pun sebab kan dia kata dulu dia tak perlu lelaki kaya sebab dia pun dah kaya
Kau cuma perlu gemokkan badan kau jer sebab dia cakap dia suka lelaki gemok sbb boleh pelok mcm teddy bear...;P

Perawankota Publish time 29-7-2023 02:23 AM

Yg lelaki tu lembam ke? Pelik benar susunan ayat dia

royaldanish Publish time 29-7-2023 11:28 AM

jangan mcm kes acacia sudah

Sazreena Publish time 29-7-2023 01:11 PM

Nak lepas sek sek dio pun lum tentu...hmmmphh..

miss_perfect Publish time 29-7-2023 08:33 PM

royaldanish replied at 29-7-2023 11:28 AM
jangan mcm kes acacia sudah

Creepy weh yang kes Acacia tu... Sampai ke UK mamat tu cari dia .. somehow I rasa ada orang dlm circle Acacia tu yg feed info kat mamat tu, maybe memang nak aniaya dia ke apa.

Btw, kenapa struktur ayat mamat ni agak pelik?

sukacactus Publish time 29-7-2023 10:27 PM

Ada yg nak prank kan syed aiman ni ke
Mcm bahasa bulan je captionnya

royaldanish Publish time 30-7-2023 09:49 AM

miss_perfect replied at 29-7-2023 12:33 PM
Creepy weh yang kes Acacia tu... Sampai ke UK mamat tu cari dia .. somehow I rasa ada orang dlm ci ...

kan u, kesian gler kat acacia tu. i pun rasa mcm tu juga, sampai uk pun boleh jumpa.

yg laki tu memang gila la..


yg mamat ni pulak hurm susah nak cakap. nak ngorat budak tak habis sekolah tu senang ke dik, tunjuk je baki duit bank acct yg amount mesti juta juta, confirm terus ke jinjang pelamin

miss_perfect Publish time 30-7-2023 12:58 PM

royaldanish replied at 30-7-2023 09:49 AM
kan u, kesian gler kat acacia tu. i pun rasa mcm tu juga, sampai uk pun boleh jumpa.

yg laki tu m ...

Hahaha kesian betul LMK, dah la takde pencapaian sendiri dalam hidup untuk dibanggakan, kena cop gold digger pulak.

Kes Acacia tu tak masuk forum ye? Hari tu baca kat FB dia pastu kat Twitter je.

royaldanish Publish time 30-7-2023 01:28 PM

miss_perfect replied at 30-7-2023 04:58 AM
Hahaha kesian betul LMK, dah la takde pencapaian sendiri dalam hidup untuk dibanggakan, kena cop g ...

LMK mcm di trained mek tini jadi gold digger rupanya

ada cuols kat rumah yg instapemes apa smua tu tapi tak rancak sgt sebab acacia tak famous mcm influenza yg lain.

iols baca kat twitter je. nasib baik laki ku kena banned msk uk. acacia dh blk malaysia ke blom?

sambaldurian Publish time 31-7-2023 12:34 AM

Tau la angan2 tu percuma, tp jgn ditunjuk. Simpan dlm je. Sorg kaki tag brg branded , ntah betul ke duta/model brg branded tu, sorg nerd angau-obses.serammm.

sukacactus Publish time 31-7-2023 06:18 AM

miss_perfect replied at 30-7-2023 12:58 PM
Hahaha kesian betul LMK, dah la takde pencapaian sendiri dalam hidup untuk dibanggakan, kena cop g ...

Kes dia masuk kat CI

lanacondor Publish time 9-8-2023 08:47 AM

Perawankota replied at 29-7-2023 02:23 AM
Yg lelaki tu lembam ke? Pelik benar susunan ayat dia

Ayat bekerjaan tu maham leleuhur friska je.. phm2 la kt Malaysia ni rmi laki kwen dgn indon. Ank keluar jd rakyat msia
Pages: [1]
View full version: Tular Video Lelaki Nak Kahwin Dengan Ameera Khan, Netizen Suruh Berpijak Di Bumi Yang Nyata


ADVERTISEMENT