Raline Publish time 28-7-2023 03:10 PM

Niaga Dari Rumah Tingkat 15, Bisnes Ayam Kipuk Viral Diarah Tutup Lepas Orang ‘Report’

https://ohmedia.my/wp-content/uploads/2023/07/ayam-kipuk.jpg.webp


Niaga Dari Rumah Tingkat 15, Bisnes Ayam Kipuk Viral Diarah Tutup Lepas Orang ‘Report’

Sebelum ini tular di laman B40 Buat Perangai Apa Harini mengenai perniagaan ayam kipuk yang laku keras sehingga ramai rider beratur untuk mengambil pesanan pelanggan.

Difahamkan, perniagaan itu berkonsepkan home-based dan peniaga hanya mengambil pesanan di aplikasi.

https://ohmedia.my/wp-content/uploads/2023/07/viral.png.webp
Selepas viral, pemilik memaklumkan dia terpaksa menutup perniagaan di kawasan itu selepas menerima aduan daripada orang awam.

https://ohmedia.my/wp-content/uploads/2023/07/mawaddah.jpg.webp


Menurut Mawaddah, dia reda apabila pihak DBKL melarangnya daripada berniaga di situ. Dia juga difahamkan sudah mengosongkan rumah dan akan membawa ibu serta adik yang kurang upaya ke kampung.

https://ohmedia.my/wp-content/uploads/2023/07/viral-3.png
Dia juga memaklumkan akan bangkit semula dan berpindah ke tempat yang lebih baik iaitu rumah kedai tingkat 3. Dalam pada itu, dia berterima kasih kepada rider, pelanggan dan jiran-jiran yang telah menyokong perniagaannya selama ini.

Kredit: Mawaddah Binti Abu Bakar

Sumber:https://ohmedia.my/ohtidak/niaga-dari-rumah-tingkat-15-bisnes-ayam-kipuk-viral-diarah-tutup-lepas-orang-report/

Yoonggi Publish time 28-7-2023 04:55 PM

oklah tu, berpindah ke tmpt yg lebih baik. mcm ni la bgs, x menyerah kalah. kipidap dek (ke kak?)
Pages: [1]
View full version: Niaga Dari Rumah Tingkat 15, Bisnes Ayam Kipuk Viral Diarah Tutup Lepas Orang ‘Report’


ADVERTISEMENT