CARI-MAL Publish time 28-7-2023 11:26 AM

Wanita Dicerai Kerana Gemuk Maut Sebab Taasub Kurus, Bekas Suami Pula Kena 'Game' Dengan Bini Baru

Tidak dinafikan segelintir daripada kita berkahwin kerana rupa paras.


Pengasas Fabela Skincara, Zaleha Baba membuat perkongsian di TikTok, menerima mesej peribadi daripada seorang lelaki.


Katanya, lelaki itu mengakui pernah melakukan kesilapan besar dengan menceraikan isterinya semata-mata wanita tersebut tidak lagi kurus.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202307/28/112212ybps1ua3zzdqxpjx.jpgGambar hiasan




“Kejadian tersebut berlaku empat atau lima tahun lepas. Lelaki itu jatuh cinta dengan seorang janda anak dua. Jadi, dia lepaskan isterinya, dengan alasan isterinya telah naik berat badan. Tapi, bukanlah naik keterlaluan… dia buat alasan itu kerana sengaja mahu cari alasan bercerai.


“Namun, selepas berkahwin selama tiga bulan, baru lelaki ini sedar yang janda yang dikahwini itu mempunyai banyak hutang. Lebih perit, isteri baharunya itu bersekongkol dengan bekas suami untuk kenakan dia,” kongsinya.


Tambah Zaleha, selepas dua tahun berkahwin dengan janda anak dua itu, lelaki berkenaan mengambil keputusan untuk bercerai dan mencari kembali bekas isteri yang ditinggalkannya.


“Tapi yang sedihnya, bekas isteri dia sudah meninggal dunia. Menurut ipar-ipar lelaki itu, bekas isterinya meninggal kerana terlalu taasub nak kurus, kerana cabaran oleh bekas suami.




202307up_1690514524202


“Untuk abang itu, walaupun sudah terlewat, tapi sekurang-kurangnya masih ada usaha. Tapi kita wanita jangan lakukan sesuatu yang bodoh, hanya kerana manusia. Take note,” tutupnya.




Sumber: Gempak

mek_jah Publish time 29-7-2023 11:09 AM

tinggalkan bini sebab janda, skali bini baru pakat dgn ex tok laki game kau

Tinot7 Publish time 29-7-2023 12:41 PM

Takziah kpd keluarga..

Bahaya pulak janda anak dua ni..

Tinot7 Publish time 29-7-2023 01:43 PM

Kak leha byk betui citer dia..

chiyoasuka Publish time 30-7-2023 02:46 AM

mnyesal pn xda guna bang

anony-mous Publish time 30-7-2023 07:24 AM

Korang percaya ke ni cerita betul dari mulut tiktokers tu? Entah2 cerita rekaan nk viral jah

Mary_jane Publish time 30-7-2023 05:40 PM

Berbau hasanah sungguh ye kisah ini.

Yoonggi Publish time 31-7-2023 10:59 AM

mcm penah baca cite yg similar.
Pages: [1]
View full version: Wanita Dicerai Kerana Gemuk Maut Sebab Taasub Kurus, Bekas Suami Pula Kena 'Game' Dengan Bini Baru


ADVERTISEMENT