Raline Publish time 28-7-2023 07:22 AM

Ringgit terus catat kenaikan berbanding dolar AS

Ringgit terus catat kenaikan berbanding dolar AS

https://assets.bharian.com.my/images/articles/25xxringgit_1690460728.jpg
Gambar fail. - NSTP/AIZUDDIN SAAD


KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis, didorong oleh minat belian baharu di tengah-tengah kenaikan harga minyak serta keputusan bank pusat AS untuk menaikkan kadar dana Rizab Persekutuan (FFR) sebanyak 25 mata asas (bps), kata penganalisis.

Pada 6 petang, ringgit menokok 255 mata peratusan kepada 4.5215/5260 berbanding dolar AS daripada 4.5470/5505, semalam.

Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata usaha menjadikan FFR stabil dalam masa terdekat adalah tidak mustahil memandangkan kadar inflasi AS semakin turun kepada 3.0 peratus pada Jun berbanding paras tinggi 9.1 peratus pada Jun tahun lalu.

"Berikutan itu, ia menyebabkan dolar AS susut sebanyak 0.28 peratus kepada 100.62 mata," katanya.

Beliau berkata, paras sokongan semasa ringgit adalah pada 4.4872.

"Sekiranya sentimen menunjukkan pendirian Fed lebih kepada kadar faedah rendah, kita boleh menyaksikan kemungkinan gandingan AS-RM bergerak ke paras sokongan semasa," katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata ringgit dinilai lebih rendah pada masa ini dan berpotensi untuk meraih manfaat daripada kepelbagaian rantaian bekalan serta nyahgandingan semikonduktor dalam jangka panjang dan membolehkan AS-RM di bawah 4.50.

"Bagaimanapun, pilihan raya negeri akan datang juga dilihat memberi risiko jangka pendek ke atas ringgit," katanya.

Setakat petang ini, paras harga minyak mentah Brent meningkat 1.0 peratus AS$83.75 setong.

Selain itu, unit tempatan tersebut diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding kelompok mata wang utama.

Ringgit mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.8685/8743 daripada 5.8715/8761 dan meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.2285/2319 daripada 3.2402/2429 sebelum ini namun susut berbanding euro kepada 5.0374/0424 daripada 5.0353/0392.

Dalam pada itu, ringgit diniagakan mengukuh berbanding mata wang Asean.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.4163/4200 daripada 3.4265/4297 dan naik berbanding rupiah Indonesia kepada 301.3/301.8 daripada 302.6/303.0.

Ringgit juga mengukuh berbanding peso Filipina kepada 8.28/8.30 daripada 8.32/8.33 dan meningkat kepada 13.2634/2829 berbanding baht Thailand daripada 13.2747/2904, sebelum ini.


SumbeR:https://www.bharian.com.my/bisnes/pasaran/2023/07/1132219/ringgit-terus-catat-kenaikan-berbanding-dolar

anglingdharma Publish time 31-7-2023 07:51 PM

ini adalah satu berita baik bagi kita, terbukti kerajaan sangat handal dalam business Internasional dan kekuatan ekonomi Negara Malaysia yang semakin galak

Pantheratrade Publish time 31-7-2023 09:17 PM

anglingdharma replied at 31-7-2023 07:51 PM
ini adalah satu berita baik bagi kita, terbukti kerajaan sangat handal dalam business Internasional...

kemajuan suatu Negara akan sangat bergantung kepada bagaimana negara dan masyarakat menjaga konsistensi dalam nilai positif dan produktif

fpginsura Publish time 2-8-2023 10:20 AM

perbedaan peningkatan dan kenaikan mata wang satu negara kepada negara lain adalah dasar ide bisness trading forex, saya trade forex dekat Broker Amarkets Malaysia karena Broker ini sangat Profesional dan terpercaya

tapaksuci Publish time 2-9-2023 12:08 AM

ini adalah kabar baik,kemajuan ekonomi kerajaan menunjukkan progress baik dan positif

hirudine Publish time 3-9-2023 04:23 PM

semoga secara stabil dan pasti MYR akan semakin kuat terhadap USD, ini sekaligus pertanda kemajuan kekuatan ekonomi Negara
Pages: [1]
View full version: Ringgit terus catat kenaikan berbanding dolar AS


ADVERTISEMENT