CARI-MAL Publish time 27-7-2023 06:57 PM

Dah Tahu Seorang Je Perempuan, Kenapa Nak Ikut 'Ride' Juga? Lepas Tu Menangis Bila Kena Tinggal Geng

Tular video TikTok menunjukkan seorang wanita menangis kerana ditinggalkan sekumpulan rakan lelaki ketika konvoi motosikal kerana menunggang motosikal terlalu perlahan.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202307/27/185526otbdkwbwi5bnhbdw.jpgTikTok




Wanita bernama Mekyaa itu turut menyifatkan rakan-rakannya tidak mempunyai sikap belas kerana tergamak meninggalkan wanita seorang diri ketika ride.




202307up_1690455404229


Malah, dia juga kesal apabila tidak seorang pun antara mereka bertanggungjawab atas perkara yang sudah berlaku, malah meninggalkannya terkontang-kanting seorang diri.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202307/27/185526s1n2hrlhr1aznbz1.jpg

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202307/27/185526qz2gkgt27pgdi6lz.jpg





Bagaimanapun, rata-rata netizen mempertikaikan tujuan Mekyaa menyertai aktiviti berkenaan kerana sudah mengetahui ia tidak sesuai memandangkan hanya dirinya wanita dalam kelompok tersebut. - CARI

Thunderclouds Publish time 27-7-2023 07:22 PM

Mung naik moto gapo dekk..
Mari la join konvoi geng laki aku haa..
Dia slalu jd marshal.
Leave no man behind kekdahnyaaa

jazaa100 Publish time 27-7-2023 07:27 PM

Ala...ala....

Kau ingt kau pompuan, org akn bg kau layanan istimewa....klu muka biase biase...redha je lahhh....lain le klu kau cantik bontot lentik.....

CiliPadiSedap Publish time 27-7-2023 07:33 PM

ride superbike naik motor passola ke kak?

https://media.karousell.com/media/photos/products/2020/6/8/yamaha_pasola_untuk_dijual_1591611955_10a870bb_progressive.jpg

eyansss Publish time 27-7-2023 07:41 PM

ko nak konvoi tapi ko slow nak mams…akak selalu je join dulu dek, tapi akak join sebab akak tau akak boleh ikut rentak deme…agak2 laju tahap nak mati katak, akak tak follow dek…jumpa je la kat next stop atau destination…takyah nak melalak2 sedih pilu…haiyoooo…

VespaSilbe Publish time 27-7-2023 08:01 PM

Berat badan pun menyumbang kepada kelajuan motor.. tapi moto bikin laju woo.. ko pulas sikit je lajuuu.. moto standard kut ni

sambaldurian Publish time 27-7-2023 08:42 PM

Ni acah2 nk blend in sama dgn laki la ni (" sy xde sgt kwn pmpuan") , btw bahaya join ride konvoi ngan laki2 je. Kena jaga batas pergaulan jgk.Lgpun konvoi2 ni xde pekdahnya. Buatnye geng laki tu jenis nk berlumba. Ko jgk yg terpalit nnti kena sorong motor g balai wlu jd penonton shj. Xyah acah2 saya pun hebat mcm lelaki / jiwa tomboi2 sgt.

azimodin Publish time 27-7-2023 10:00 PM

Yg sibuk nak ikut kenapa. Pergi la ride dengan geng2 perempuan.. ride pergi kilang karpet nilai ke, pergi beli kopok lekor ganu ke, pergi minum coconut shake melaka ke. Dah ko bawak terkemut-kemut, makan asap la.

chiyoasuka Publish time 27-7-2023 10:18 PM

????????‍♀️

dekmieDandy Publish time 28-7-2023 09:07 AM

dulu pernah terserempak satu konvoi perempuan ni

semua tudung labuh, naik mini scrambler/bike tu

jauh jugak diorang ride, sebab waktu tu atas LPT

hasniey Publish time 28-7-2023 09:57 AM

Mesti diorg xnak dia ikut tp dia yg gedik2 nak ikut jgk.sbb biasanya diorg xtinggal member

midori888 Publish time 28-7-2023 09:58 AM

yg sibuk nak ikut jantan ride tu dah kenapa....

cikatilia Publish time 28-7-2023 10:29 AM

hahaha awat rider nangis2 ni wehh
xkental ar

airmineral Publish time 28-7-2023 11:37 AM

elok dicepuk je nko ni

bynroslan Publish time 28-7-2023 11:41 AM

alah poyonyaaa yang kau terhegeh hegeh nak ikut gak lelaki tu kenapa? sebok nak suruh org lain tanggungjawab kat kau pulak dah.

tootii Publish time 28-7-2023 01:34 PM

sian dia ..ngadu kat media sosial mintak simpati.. skali kena kecam ;P

LadyCarefree Publish time 28-7-2023 04:09 PM

Bijik merepek apa ni I just watched?

Yoonggi Publish time 28-7-2023 04:53 PM

agaknya aku free sgt ni smpai tgk gak vid dia nih. dah knp dorg nk bertanggungjwb sdgkn dorg bkn sesapa pun dgn dia nih. sendiri yg voluntary join, bkn dorg ajak ke hapa. dahtu kena tinggal nanges plak. dah kena tinggal, balik je la.

Cyempaka Publish time 28-7-2023 05:54 PM

Padan muka hang. Gatai nak bercampur geng lelaki dah kenapa.. kau ingat semua lelaki tu suka ke ada pompuan sekor.. derang pun menyampah

hudalarva Publish time 28-7-2023 09:39 PM

kesian :lol: sheol ingat konvoi ride ni mcm pergi shopping kot... takpe lah sis... at least pompuan lain boleh ambil iktibar dari kisah sedih u ni ;P
Pages: [1] 2
View full version: Dah Tahu Seorang Je Perempuan, Kenapa Nak Ikut 'Ride' Juga? Lepas Tu Menangis Bila Kena Tinggal Geng


ADVERTISEMENT