Raline Publish time 27-7-2023 06:02 PM

Hoe Yean akui masih belum laju

Hoe Yean akui masih belum laju

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/SWIM-WORLD-2023_1690443737.jpg
HOE Yean masih belum capai had yang ditetapkan. FOTO AFP


Kuala Lumpur: Perenang negara, Khiew Hoe Yean merasakan kuakkan masih belum cukup laju walaupun berjaya memecahkan rekod kebangsaan dalam acara 800 meter (m) gaya bebas di Kejohanan Dunia di Fukuoka, Jepun baru-baru ini.

Atlet berusia 20 tahun itu berkata, masih banyak lagi ruang untuk diperbaiki dan perlu berusaha dengan lebih gigih bagi mencerahkan peluangnya untuk beraksi di temasya Olimpik Paris 2024.

"Sudah tentu ia perlumbaan yang bagus tapi saya rasa masih ada ruang untuk penambaikkan lagi selepas ini.

"Dalam sukan renang ini tiada peluang 50-50 (untuk layak ke olimpik). Ia sama ada anda boleh renang lebih laju untuk capai had masa yang ditetapkan.

"Memandangkan saya masih belum capai had yang ditetapkan, saya perlu berkerja dengan lebih keras lagi sehingga berjaya mencapainya sebelum kelayakan olimpik ditutup," katanya kepada Arena Metro.

Terdahulu di Kejohanan Dunia Akuatik 2023, Hoe Yean berjaya memecahkan rekod kebangsaan miliknya dalam acara 800m dengan catatan 8:05.11 saat.

Selain itu, dalam acara 200m, Hoe Yean juga berjaya menjadi perenang terpantas di rantau Asia Tenggara di kejohanan itu dengan catatn satu minit 48.18 saat.

Dalam pada itu Hoe Yean ketika ditanya berkenaan perancangannya selepas ini, dia memberitahu akan mengambil bahagian di kejohanan Universiti Dunia yang berlangsung di Chengdu, China pada Ogos ini.

Justeru dia berharap mampu untuk beraksi dengan lebih baik lagi bagi melayakkan dirinya ke temasya Olimpik Paris.

Untuk rekod kali terakhir perenang lelaki negara berjaya melayakkan diri ke Sukan Olimpik adalah pada edisi Tokyo yang mana ia diwakili oleh Welson Sim.


SumbeR:https://www.hmetro.com.my/arena/lain/2023/07/992383/hoe-yean-akui-masih-belum-laju

Pages: [1]
View full version: Hoe Yean akui masih belum laju


ADVERTISEMENT