Raline Publish time 27-7-2023 05:15 PM

Varun dan Janhvi Selesa bina keserasian

Selesa bina keserasian

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/webbcoverr_1690408809.jpg
BAWAAL satukan Varun dan Janhvi sebagai teraju utama.


(Yang mengikuti sidang media virtual filem Bawaal dari Queen Elizabeth II, Dubai, baru-baru ini)

MINAT masyarakat Malaysia terhadap filem Hindi dari dulu hingga sekarang tidak pernah pudar.

Apatah lagi, jika plot kisah yang dipaparkan itu sangat menarik, padat dengan aksi dan meruntun jiwa.

Ditambah juga dengan koreografi tarian yang indah serta rangkaian lagu sedap didengar, sekali gus melengkapkan kepuasan penonton terhadap karya seni itu yang menjurus kisah kehidupan.

Terbaharu mulai 21 Julai lalu di platform OTT, Amazon Prime Video ditayangkan filem Bawaal terbitan Sajid Nadiadwala's Production yang dibintangi dua figura popular Bollywood masa kini, Varun Dhawan, 36, dan Janhvi Kapoor, 26.

Walaupun kali pertama digandingkan dalam filem itu sebagai hero dan heroin, namun kedua-duanya cukup profesional, komited serta tidak ambil masa lama membina keserasian.

Varun berkata, dia gembira bekerja dengan Janhvi yang disifatkan wanita yang rajin berusaha, suka berbincang dan tahu apa yang diinginkan untuk wataknya. Janhvi juga sangat bekerja keras.

"Di antara kami berdua tiada masalah sepanjang bekerjasama. Ini kerana kami tahu apa yang diinginkan ialah hasil terbaik untuk Bawaal. Kami mahu semua mesej dalam

filem ini sampai kepada penonton.

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/photo1690348439_%281%29_1690408815.jpg
JANHVI lakon watak Nisha.


"Saya melakonkan watak Ajay Dixit iaitu guru sejarah di sekolah. Ajay begitu dedikasi dalam berkongsi ilmu kepada pelajar kerana baginya pendidikan adalah asas penting untuk kehidupan yang lebih baik.

"Banyak permainan emosi saya dalam watak ini. Saya seronok melakukannya kerana ia kisah masyarakat yang sangat menarik untuk dipertontonkan. Malah, saya juga selesa dan yakin watak Ajay mempunyai impak tersendiri," katanya.

Menurut Varun, filem Bawaal juga membawa dia dan Janhvi menimba pengalaman penggambaran di beberapa negara Eropah seperti Perancis, Jerman, Belanda dan Poland.

"Selain keindahan alam semula jadi yang cantik dan indah, kami juga melancong sambil bekerja. Saya betul-betul rasa bertuah mendapat peluang membintangi Bawaal. Paling saya terkesan, ketika kami menjalani penggambaran di kem tahanan era Nazi Jerman iaitu Auschwitz di Poland.

"Bukan hanya itu, saya juga menjalani penggambaran filem ini di sekolah bapa saya pernah belajar di Kanpur, termasuk lokasi lain di Mumbai dan Lucknow. Jadi, untuk saya sendiri, filem Bawaal ini adalah naskhah yang perlu ditonton masyarakat," katanya.

Varun berkata, Bawaal juga memuatkan elemen kasih sayang suami isteri, ibu bapa, pertalian kekeluargaan dan hubungan sesama manusia yang berlaku dalam kehidupan harian kita semua.

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/photo1690348439_%283%29_1690408812.jpg
VARUN sebagai Ajay.


Terpaut watak Nisha

Janhvi terpikat membintangi Bawaal kerana jalan cerita dan memang ingin bekerja di bawah pengarah, Nitesh Tiwari yang disifatkan berpengalaman luas dan seorang daripada pengkarya seni terbaik di India.

"Saya pernah setiap hari memikirkan bagaimana ingin dipilih untuk membintangi filem Bawaal ini kerana tahu pasti ramai pelakon lain juga mahukannya. Saya ingin menjadi pelakon wanita yang berjaya dipilih itu.

"Saya tahu sekiranya mahu berjaya perlu berusaha. Jadi, saya betul-betul mahu bakat lakonan saya diterima oleh Nitesh dan saya tidak malu menawarkan diri sendiri untuk diuji bakat. Bagi saya, lebih penting kena berani mencuba," katanya.

Janhvi yang baru lima tahun aktif belakon berkata, dia tidak mahu menjadi orang yang kecewa tanpa usaha. Lagipun, dia sendiri dapat rasakan watak Nisha itu amat sesuai untuk dirinya.

"Saya rasa Nisha itu dekat dengan jiwa saya dan boleh membawanya sebaik mungkin. Apatah lagi, sebagai pelakon menjadi tanggungjawab saya merealisasikan sesuatu watak dilakonkan itu dengan baik. Malah, saya sudah mengkaji Nisha.


https://assets.hmetro.com.my/images/articles/photo1690348449_1690408818.jpg
VARUN dan Janhvi bersama pengarah Bawaal, Nitesh.


"Jadi, saya sangat menginginkan projek filem Bawaal ini dan perlu mendapatkannya juga. Saya yakin pada hasil terbaik filem ini kerana pasukan kerja produksinya antara yang terhebat. Ini peluang besar perlu saya dapatkan untuk diri sendiri," katanya.

Janhvi yang juga anak pelakon jelita, mendiang Sridevi sehingga kini sudah membintangi enam filem iaitu Dhadak, Ghost Stories, Gunjan Saxena: The Kargil Girl, Roohi, Good Luck Jerry dan Mili.

Dia juga sudah memenangi banyak anugerah dalam lakonan, antaranya trofi Pelakon Wanita Harapan Terbaik di Zee Cine Awards pada 2019. Bagi tahun ini, Janhvi menang anugerah di Pinkvilla Style Icons Awards.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/utama/2023/07/992171/selesa-bina-keserasian


sarah_ary2 Publish time 27-7-2023 09:01 PM

Janhvi ni cantik ai suke tgk dia pastue jenis casual dan cool juga, tgk dia introduce rumah ayah dia baca kat utube ramai puji movie kata best giler:$
Pages: [1]
View full version: Varun dan Janhvi Selesa bina keserasian


ADVERTISEMENT