mattzzx Publish time 27-7-2023 10:38 AM

Vingegaard terima sambutan wira

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/vingee_1690420994.jpg
VINGEGAARD melambai tangannya ke arah orang ramai. FOTO AFP

Copenhagen: Jonas Vingegaard kembali ke Denmark dengan penuh kejayaan selepas meraih kemenangan kedua berturut-turut di Tour de France (TdF) yang menyaksikan ribuan orang berbaris di jalanan untuk menyambut kepulangannya.

"Vingegaard!, Vingegaard!, Vingegaard!" teriak berpuluh-puluh ribu orang yang berkumpul di dataran dekat luar dewan bandar raya Copenhagen, sama seperti yang mereka alami setahun sebelumnya, apabila Vingegaard memenangi gelaran TdF pertamanya.

"Ia masih sukar untuk difahami, bahawa saya sudah memenangi Tour de France dua tahun berturut-turut," katanya semasa berucap di dewan bandar raya.

"Jika seseorang memberitahu saya lima tahun lalu, saya tidak fikir akan mempercayainya, atau saya tahu saya tidak mampu melakukannya," tambahnya.

Ramai yang memakai baju berwarna merah dan putih, manakala yang lain memakai baju kuning menggambarkan jersi yang dipakai oleh pendauhlu TdF.

Orang ramai juga berbaris di jalanan untuk melambai ke arah Vingegaard ketika dia menikmati perarakan itu buat kali kedua dengan memakai jersi kuning selepas mendarat bersama jet peribadi.

Pelumba berusia 26 tahun itu adalah warganegara Denmark pertama memenangi perlumbaan ikonik itu sejak Bjarne Riis, yang kemudiannya mengaku melakukan kesalahan doping pada 1996.

"Saya peminat tegar anda, dan bukan saya seorang sahaja. Anda memenangi hati semua warga Denmark, dan kami amat berbangga dengan anda," kata Perdana Menteri Denmark, Mette Frederiksen semasa berucap

https://www.hmetro.com.my/arena/lain/2023/07/992214/vingegaard-terima-sambutan-wira
Pages: [1]
View full version: Vingegaard terima sambutan wira


ADVERTISEMENT