mattzzx Publish time 27-7-2023 09:17 AM

Rosberg persoal pendirian Hamilton

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/hamilton7860_1690338221.jpg
MASA depan Hamilton masih menjadi tanda tanya. FOTO AFP

London: Juara dunia Formula Satu (F1) 2016, Nico Rosberg mempersoalkan tempoh masa yang diambil Mercedes untuk mencapai persetujuan sambungan kontrak bersama Lewis Hamilton.

Dia juga keliru dengan komen Prinsipal Mercedes, Toto Wolff baru-baru ini yang menyatakan 'secara emosi segalanya sudah selesai' ketika kontrak Hamilton bersama Mercedes akan tamat pada akhir tahun ini.

Masa depannya menjadi perbincangan utama musim ini kerana pada mulanya, dia dikaitkan dengan penghijrahan ke Ferrari.

Namun terdapat khabar angin Hamilton sudah menyatakan hasratnya untuk kekal bersama Mercedes kerana dia ingin membantu pasukan kembali merebut gelaran juara dunia.

"Boleh sesiapa terangkan kepada saya maksud Wolff itu? Saya tidak tahu apa yang mereka lakukan dan kenapa Lewis mengambil masa terlalu lama untuk membuat keputusan.

"Kita semua berharap bahawa dia akan terus kekal bersama Mercedes, terutama sekali dengan peningkatan prestasi kereta ketika ini, yang akan membantu meyakinkannya untuk menyambung kontrak," katanya.
https://www.hmetro.com.my/arena/permotoran/2023/07/991867/rosberg-persoal-pendirian-hamilton
Pages: [1]
View full version: Rosberg persoal pendirian Hamilton


ADVERTISEMENT