tatod Publish time 26-7-2023 08:22 PM

Hamil 10 Minggu, Isteri Da'i Syed Alami Keguguran

Pendakwah selebriti Da'i Syed memaklumkan isterinya iaitu Hana Ismail mengalami keguguran ketika usia kandungan mencecah usia 10 minggu.


Syed atau Syed Iqmal Syed Mohammad Shaiful Jamalullail, 28, berkata, meskpun berat namun dia dan isteri reda dengan kejadian itu.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202307/26/202041nru6gg29u98u753s.png



"Berat hati ini ingin khabarkan, semua pasangan suami dan isteri inginkan cahaya mata.


"Sejujurnya, isteri saya memang hamil... tetapi Allah hanya memberi pinjaman ini hanya 10 minggu sahaja," katanya.


Syed berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram miliknya pada malam Rabu.


Menerusi video yang dikongsi, Syed dilihat sedang menenangkan isterinya yang terlantar di katil hospital.


Tambahnya lagi, dia memohon orang ramai untuk mendoakan Hana yang akan menjalani rawatan mencuci rahim selepas keguguran di sebuah hospital.


"Hari ini, isteri saya akan menjalani proses D&C (proses keguguran) di hospital KPJ... mohon doakan untuk beliau," ujarnya.


Sebelum ini, ketika dihubungi mStar, Syed berkata dia belum bersedia untuk berkongsi berita gembira ini dan akan mendedahkannya apabila tiba masa yang sesuai.


https://www.instagram.com/p/Cug7L7_P5b-/


Ia susulan Syed dan Hana pernah berkongsi video mempromosikan produk kesihatan wanita di laman Instagram masing-masing seolah-olah memberi gambaran mereka bakal menimang cahaya mata pertama.


Untuk rekod, Syed dan Hana mendirikan rumah tangga pada 3 Disember tahun lalu di Kuala Lumpur.




Sumber: mStar

babynina30 Publish time 26-7-2023 11:56 PM

10 weeks agak besar her bump dlm gmbr smpai org perasansbb too obvious

doubleA Publish time 27-7-2023 12:25 AM

Takziah la. Lain2 iols simpan dalam hati je

Sazreena Publish time 27-7-2023 01:33 AM

Aku dulu 5 bulan baru iyakan kalau org tanya aku peknen ke tak. 1st tri tu fragile stage. Tak salah gembira, tapi jgn lelebih coz baby lum kuat lagi.

chiyoasuka Publish time 27-7-2023 04:51 AM

kesiannya.. semoga mereka tabah dgn ujian diberi

tahanie Publish time 27-7-2023 06:34 AM

Turut simpati walaupun.

KamikuP Publish time 27-7-2023 09:25 AM

Org tua dulu dah pesan, bila peknen jgn nak heboh sana sini, diam diam rilek sudah.. sap kok dulu.. ekekek
Apapon takziah lah walauponnnnnn

lasagna Publish time 27-7-2023 10:43 AM

KamikuP replied at 27-7-2023 09:25 AM
Org tua dulu dah pesan, bila peknen jgn nak heboh sana sini, diam diam rilek sudah.. sap kok dulu.....

hhaa btul tu.. sama cam org cina, dah 3 bulan baru bleh inform..
kalau belum smp 3 bulan diam2 jer tak berkutik.

kevler Publish time 27-7-2023 11:13 AM

salam takziahh... tak mampu nak ucap lebih2..yg lain2 simpan dlmhati jugekkk...ada la tu next baby insya allah..cuma kurangkanlah joget2 tu..;P

opie5662 Publish time 27-7-2023 11:24 AM

Ok.. Leh sambung joget2...

Sesuatu… Publish time 27-7-2023 01:43 PM

Takziah, kurang2 sempat merasa nikmat pregnant. Ada yg lama tunggu belum merasa

pocongkiutss Publish time 27-7-2023 02:04 PM

Jgn la duk makan ladysnight kejadah yg duk dipromote tu

pocongkiutss Publish time 27-7-2023 02:06 PM

lasagna replied at 27-7-2023 10:43 AM
hhaa btul tu.. sama cam org cina, dah 3 bulan baru bleh inform..
kalau belum smp 3 bulan diam2 jer ...

Diorg ni dah announce pregnant ke sebelum ni ? Iols x perasan pula..kalau iols la...dah selamat beranak baru iols bgtau org lain :sweat3:

lasagna Publish time 28-7-2023 08:51 AM

pocongkiutss replied at 27-7-2023 02:06 PM
Diorg ni dah announce pregnant ke sebelum ni ? Iols x perasan pula..kalau iols la...dah selamat be ...

ntoh tak tau.. dan tak amek tau pun dia org ni.
tp kalau kes lama da'e tu jer tau, udahnya ujung2 trselamat drp tuduhan..
Pages: [1]
View full version: Hamil 10 Minggu, Isteri Da'i Syed Alami Keguguran


ADVERTISEMENT