CARI-MAL Publish time 26-7-2023 05:27 PM

Mekyun Seram Diekori Warga Asing, Semua Kedai Dia Ikut Masuk!

TikToker terkenal Mek Yun baru-baru ini mencuri perhatian ramai apabila mendakwa dia dan ibunya diekori lelaki warga asing yang menyeramkan di pusat membeli-belah Sogo.


Katanya, lelaki berkemeja kelabu itu mengekori mereka sehingga ketiga-tiga buah kedai yang mereka kunjungi sambil berpura-pura sedang memilih barang.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202307/26/172522r99liwo3wouu9y63.jpgIG




Lelaki tersebut juga dikatakan berani datang dekat dengan mereka sehingga Mekyun hampir mahu bersemuka dengannya.


Ibu Mekyun juga ingin memanggil pengawal keselamatan, namun apabila lelaki tersebut menyedari dirinya sedang dirakam, dia terus berpusing dan lari.




202307up_1690363538203


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202307/26/172522xvyjrnrya50yggcv.jpg



Berikutan itu, Mekyu menasihati semua perempuan agar berhati-hati jika berdepan situasi sedemikian.


Perkara pertama perlu dibuat adalah masuk ke kedai paling dekat dan maklumkan kepada pekerja di situ ataupun terus beritahu pengawal keselamatan.


Paling penting adalah jangan berjalan seorang diri di kawasan meletak kenderaan.




Sumber: Kisah Dunia

chiyoasuka Publish time 26-7-2023 06:31 PM

mekyun kan tiktokkers.. maybe fans mekyun kot

cik-jaja Publish time 27-7-2023 07:57 AM

fans kot, nak bercakap tak berani, ngekor je la..

epuepy Publish time 9-8-2023 01:32 PM

Gile sape berani kaco mekyun. Sekali bapak dgn Abg dia sekeh, mau terabur
Pages: [1]
View full version: Mekyun Seram Diekori Warga Asing, Semua Kedai Dia Ikut Masuk!


ADVERTISEMENT