sepulnuar Publish time 23-12-2010 11:03 AM

[c] kali pertama masuk asrama [u]

dah lama aku mengidam nak masuk asrama. selalu aku tengok dalam tv macam seronok je tinggal kat asrama. lebih-lebih lagi kalau budak-budak baru masuk, time orentasi, mesti ramai yang kena ragging. nampak macam seronok je. harap-harap lepas upsr aku dapat masuk sekolah berasrama.

malangnya hajat aku tak kesampaian. sebab result aku keluar lambat. jadi tak dapat mohon mana-mana sekolah berasrama. takpelah, aku continue berangan. harap-harap lepas pmr aku dapat masuk sekolah berasrama.

lepas habis pmr, family aku pindah ke tempat lain. jarak sekolah dengan tempat tinggal kami agak jauh. jadi bapak aku cadangkan aku masuk sekolah yang ada asrama je. senang. aku rasa hepi juga. sebab dapat juga aku merealisasikan hajat aku untuk tinggal di asrama.

mula-mula jumpa satu sekolah, ada asrama, tapi agak terpencil sekolah tu. jadi sekolah tu masuk dalam list saja. lepas tu jalan-jalan lagi, jumpa lagi satu sekolah, dekat je dengan bandar. terus aku register kat sekolah tu.

hari pertama kat asrama, biasa lah berkenal-kenalan dulu dengan budak-budak senior. budak-budak asrama ni ramai yang ada nickname. antara budak-budak yang aku kenal seperti cupin, acik, piko, kangkung, buai, misai, apek dan macam-macam lagi nickname yang pelik-pelik.

malam pertama, budak-budak baru semua kena panggil. macam biasa lah, kena mintak autograph dari budak-budak senior. jadi kitorang pon pegi lah mintak autograph yang dikehendaki. tapi nak mintak autograph tu tak semudah yang disangka. banyak cabaran-cabaran yang perlu dilalui.

antara cabaran-cabaran yang kami hadapi seperti cabaran teh tarik(xdelah, yang ni aku tipu), cabaran menyanyi,berlakon iklan,membuat pusingan helikopter,membaca sifir 8 dan macam-macam lagi cabaran yang tak masuk akal.

selepas kitorang semua selesai memintak autograph yang telah diberikan, kami dipanggil lagi sekali. kali ini kami perlu menyertai aktiviti yang amat menyeronokkan. aktiviti itu dipanggil berenang di atas simen.

kami perlu berlumba diatara satu sama lain. aku terasa macam orang gila pon ada sebab buat aktiviti yang pelik ni. tapi aku ketawa sahaja sepanjang aktiviti tersebut. kami berlumba-lumba sehingga kami semua penat dan terus pergi masuk tidor.

semasa tinggal di asrama, terdapat beberapa perkataan baru yang aku telah belajar. seperti aspura,aspuri,prep,fly dan beberapa lagi perkataan yang aku dah tak ingat. kalau awak nak tahu maksud perkataan tersebut, awak pergilah masuk asrama sendiri.

hidup di asrama di penuh dengan aktiviti. setiap hari kene ikut jadual. petang lepas sekolah kena pergi ngaji, lepas tu kene prep pulak, lepas tu kene pergi belajar kelas silat seni pesaka gayung. penat rasa macam nak tidur.

tapi aku selalu tak buat benda tu semua. balik sekolah lepas lunch terus aku tidor. kalau kantoi dengan warden, mampos. pernah satu kali, ramai sangat yang tidor waktu petang. pastu warden panggil semua budak-budak tidur atas court. dah macam pelarian pulak.

tidak beberapa lama kemudian, aku mendapat tawaran untuk belajar di sekolah teknik. lepas tu aku pon sibuk mengucapkan goodbye pada member-member di asrama tersebut. aku tak mahu cerita tentang sekolah teknik sebab nanti lari tajuk pulak.

sekian sahaja cerita aku tentang sekolah asrama. terima kasih kerana membaca cerita yang penuh dengan penipuan ini. hahaha.

mijot Publish time 23-12-2010 04:10 PM

baik taruk kat bod lawak....
lagi mengancam :lol:

fazss Publish time 10-1-2011 03:21 PM

adohai..pembohongan yang ada betul yer.. masuk teknik plak, ikut nasib plak kan... hehehe..silap hari bulan lagi teruk.
Pages: [1]
View full version: [c] kali pertama masuk asrama [u]


ADVERTISEMENT