CARI-MAL Publish time 26-7-2023 11:26 AM

Jurutera Malaysia Dedah 'Jual Air Liur' Dapat Gaji RM41,000 Di Singapura, Nasihat Orang Ramai Jangan Tiru

Seorang individu mendedahkan dia mampu meraih pendapatan sehingga puluhan ribu ringgit bermodalkan kepakaran 'menjual air liur'.


Lelaki Malaysia berusia 31 tahun yang bekerja sebagai pengurus kejuruteraan dalam sektor perbankan di Singapura menerusi satu perkongsian di Facebook MalaysianPAYGAP mendedahkan dia sendiri tidak tahu apa yang dilakukannya selama 10 tahun bekerja di syarikat itu sehingga kini.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202307/26/112241cgr47h2cgcjnc1t4.jpgGambar hiasan




Jangan terkejut, pendapatan bulanannya mencecah SGD12,000 (RM41,000) malah memperoleh bonus sehingga dua hingga empat bulan.


"Saya hanya ada pengetahuan asas CI/CD (Continuous Integration/Continuous Delivery) dan beberapa perkara tentang teknologi.


"Malah perlu buat carian di Google untuk menggunakan asas Jira (perisian).




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202307/26/112243v9ol2yt6htbblbjg.jpg

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202307/26/112243c5qn5aanqiajr5df.jpg



https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202307/26/112243lv4o3uu9hu94yohu.jpg





"Jadi bagaimana saya bertahan? Saya mendapati diri saya cukup pandai membuat orang lain menganggap saya pakar walaupun tidak mengetahui apa-apa.


"Saya pandai bercakap tentang sesuatu, pandai membuat road map yang dirancang dengan baik seperti difikirkan oleh perniagaan sebagai pelan induk, namun ia tidak pernah berkesan," kongsinya.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202307/26/112242hhn30tne0t862dnn.jpg





Selain itu, lelaki berkenaan juga tidak malu mendedahkan dia bijak 'menjual air liur' untuk kelihatan hebat di hadapan majikan malah sentiasa berpura-pura sibuk.


"Bagaimana pula saya laksanakan kerja? Saya pastikan pelaksanaan projek kelihatan sangat rumit dan minta bajet untuk mengupah pakar.


"Ya, saya membayar kontraktor 20 peratus hingga 30 peratus lebih tinggi, dia menyelesaikan kerja, saya mendapat kredit dan begitulah cara saya bekerja tanpa mengetahui apa-apa," dedahnya lagi.


Pada akhir perkongsiannya, lelaki tersebut mengakui sungguhpun mendapat gaji yang tinggi, namun dia tidak merasa kepuasan memandangkan semuanya diperoleh tanpa kepakaran sebenar.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202307/26/112242nbpe1mkycyncendz.jpg

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202307/26/112242v5td7fanr5fmatfd.jpg



https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202307/26/112241kwyt3c0avah63ww3.jpg





Menjengah ruangan komen, ada antara netizen yang membangkitkan soal keberkatan rezeki yang diperoleh dengan cara sedemikian.


"Tak halal... nanti kena jawab di hari kemudian.


"Sebab itu aku tak nak jadi EM (Pengurus Jurutera). Tapi based on (berdasarkan) cerita dia ni, kau dah tahulah EM tak tahu apa-apa... berlakon je.


"Amazing... sometimes I wish I had to talk cock skill (Menakjubkan, kadang kala saya harap dapat kemahiran cakap besar)," demikian antara komen netizen.




Sumber: mStar

zarulnazmi Publish time 26-7-2023 11:39 AM

habislah semua EM lain meroyan.

SalenaGomez Publish time 26-7-2023 01:36 PM

Bila dah duduk level atas ni mmg slalu nya mcm ni

Lebih to manage team, build rapport and apa2 yg makro

Keje2 yg mikro , renyah ni level bawah yg buat

Tinot7 Publish time 26-7-2023 03:07 PM

Tapi baper lama dia bleh bertahan?

ally9970 Publish time 27-7-2023 10:35 AM

Most chinese middle management mmg camtu...act busy, talk cork, etc...

esbok Publish time 27-7-2023 10:43 AM

plot twist staff bawah yang royan yang hantar, hahahaha

mamapea Publish time 27-7-2023 01:30 PM

mcm ofis lama aku dulu la...hire consultant dr US...pandai ckp je..gaji sbln RM100k...
tgk workstation diorg sehelai kertas pun xde...

dua_chzy Publish time 27-7-2023 02:33 PM

Akak benci ummah kertu tak reti punctuate bebetul. Benda basic level sifir 1 pun kau fail. Apa i i. Choi.

penutupbotol Publish time 28-10-2023 05:38 PM

hahaha
dia power

annehuda Publish time 1-11-2023 11:12 AM

aku ada sorg kolig mcm ni.kitorg ni sama level tapi lain2 unit la, cuma kitorg ni satu dept dan berkongsi bos yg sama.mmg sejibik la perangai mcm ni. selalu je anak buah die dtg tmpt aku ngumpat dia. dahle die tak efisien bleh plak dpn mata aku die gi blame anak buah dia.mcm mane die dpt keje ni, sebab dia pakai kabel. so aku rasa mamat ni pun dpt keje ni bukan sebab rapport tapi sebab kabel jah tapi takmo ngaku

annehuda Publish time 1-11-2023 11:15 AM

BTW die ni duk dalam bubble die jah.jgn bajet orang bawahan die tak tau die mmg unskilled tapi sebab staf diorg pun nak jaga periuk nasi sendiri je tu.bile die ngaku mcm ni aku rasa die dah mula rasa insecure la tu upper bosses dah nampak die mmg tak wat keje. tp mcm aku cakap maybe die masuk pakai kabel so takleh nak usik die

Zack8hunter Publish time 10-11-2023 09:10 PM

sesuai jd ahli politik..ada bakat yg besar ;P

becir Publish time 11-11-2023 12:58 AM

annehuda replied at 1-11-2023 11:12 AM
aku ada sorg kolig mcm ni.kitorg ni sama level tapi lain2 unit la, cuma kitorg ni satu dept dan be ...

Benda yg sgt normal kat glc..

Pumpkinhead Publish time 24-1-2024 03:42 PM

jumpa dah org jenis ni, tatau apa apa pun. Jenis suka pressure org bawahan dan nak segala benda cepat je.
Pages: [1]
View full version: Jurutera Malaysia Dedah 'Jual Air Liur' Dapat Gaji RM41,000 Di Singapura, Nasihat Orang Ramai Jangan Tiru


ADVERTISEMENT