Raline Publish time 26-7-2023 07:18 AM

Gavin letak sasaran tinggi walaupun di landasan tepat layak ke Paris 2024

Gavin letak sasaran tinggi walaupun di landasan tepat layak ke Paris 2024

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/GAVIN_GREEN_1690294607.jpg
GAVIN mahu mengekalkan prestasi untuk terus berada di kelompok 300 terbaik. FOTO Bernama


Kuala Lumpur: Pemain golf profesional negara, Gavin Kyle Green optimis beliau berada di landasan tepat untuk beraksi di temasya Sukan Olimpik Paris 2024.

Walaupun menghuni ranking ke-196 dunia serta berada di laluan cerah untuk layak ke Paris, namun pemain berusia berusia 29 tahun itu turut meletakkan sasaran tinggi untuk berada di kelompok 70 terbaik dunia menjelang temasya sukan empat tahun sekali itu.

"Saya mahu berada dalam kelompok 70 terbaik, walaupun saya fikir ia akan menjadi matlamat yang lebih baik untuk mencuba sekurang-kurangnya masuk ke kelompok 50 teratas dan kemudian 30 teratas.

"Itulah matlamatnya sekarang," katanya selepas pusingan pertama Kejohanan Golf Piala Supra di The Mines Resort & Golf Club, dekat sini, hari ini.

Dia berkata buat masa ini fokus utamanya ialah mengekalkan prestasi untuk terus berada di kelompok 300 terbaik dunia sekali gus melayakkan diri ke Sukan Olimpik Paris 2024.

"Buat masa sekarang, saya memang fokus untuk ke Olimpik, tetapi proses kelayakan masih lama, saya harap sangat kedudukan saya tidak jatuh hingga tahun depan," katanya.

Menurutnya, dia hanya perlu konsisten terutama pada kejohanan yang menawarkan mata kelayakan seperti di Switzerland, Ireland, Londan dan Sepanyol supaya dapat berada dalam kedudukan selesa melangkah ke Sukan Olimpik nanti.

Dia pada masa sama turut berharap adiknya, Galvin Kendall mampu melayakkan diri bersama-samanya untuk beraksi di Paris.


Sumber:https://www.hmetro.com.my/arena/lain/2023/07/991778/gavin-letak-sasaran-tinggi-walaupun-di-landasan-tepat-layak-ke-paris-2024

Pages: [1]
View full version: Gavin letak sasaran tinggi walaupun di landasan tepat layak ke Paris 2024


ADVERTISEMENT