Raline Publish time 26-7-2023 07:17 AM

Gesa ambil peluang kemasukan Tesla

Gesa ambil peluang kemasukan Tesla

DALAM memposisikan kedudukan negara di ekosistem global, masyarakat perniagaan terutamanya perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) perlu mengambil peluang jangka panjang kemasukan Tesla ke pasaran Malaysia.

Penganalisis Ekonomi, Prof Dr Aimi Zulhazmi Mohd Rashid berkata, Tesla dengan kemampuannya sebagai pengeluar kenderaan elektrik (EV) utama dunia bakal membawa banyak kebaikan terutama dalam meletakkan negara khususnya Selangor di dalam rantaian nilai bekalan global mereka.

Katanya, perusahaan automotif mempunyai rantaian nilai yang besar, sekiranya PMKS tempatan mampu memberikan perkhidmatan dan sokongan pembuatan yang berkualiti dan berdaya tahan maka pasti ada peluang untuk membekalkan perkhidmatan bukan saja kepada Tesla, malah kepada industri automotif EV di peringkat antarabangsa.

"Ia juga memberikan kesan positif kepada tenaga buruh negara dengan peluang pekerjaan yang memerlukan kemahiran tinggi yang dimiliki graduan negara.

"Selain itu, ia juga membantu membolehkan negara mendapat pemindahan teknologi tinggi.

"Malah, kedudukan Selangor yang mempunyai jaringan logistik dan pengangkutan lengkap iaitu kereta api, lebuh raya, pelabuhan dan lapangan terbang bakal mendapat manafaat dan keyakinan syarikat multinasional lain dengan langkah yang diambil oleh Tesla," katanya.

Menurutnya, sudah pasti negara mahukan pelaburan bernilai yang disertai dengan perpindahan teknologi tinggi dan bukannya pelaburan yang mengeksploitasi buruh murah dan bahan mentah yang terdapat di Malaysia.

Beliau berkata, dengan adanya perancangan strategik seperti Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV), ia mampu meletakkan Malaysia sebagai negara pilihan di Asia terutamanya Asia Tenggara untuk pengeluaran EV.


Sumber:https://www.hmetro.com.my/bisnes/2023/07/991822/gesa-ambil-peluang-kemasukan-tesla

adila39 Publish time 26-7-2023 10:22 AM

contoh amek peluang apa ek?

kkm123 Publish time 26-7-2023 03:33 PM

Okay juga buka peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia

anglingdharma Publish time 31-7-2023 08:07 PM

saya tidak bisa tidak setuju atas ide ini adalah kesempatan penguatan laju ekonomi dan peluang lapangan kerja bagi negara Malaysia

Pantheratrade Publish time 27-1-2024 01:55 AM

banyak negara lain inginkan tesla melakukan investasi kepada negara mereka dan mendapatkan keuntungan lapangan pekerjaan dan perdagangan

waringinsungsan Publish time 3-4-2024 11:27 AM

menurut saya ini sebenarnya satu peluang yang baik dan bermanfaat jangka panjang
Pages: [1]
View full version: Gesa ambil peluang kemasukan Tesla


ADVERTISEMENT