tatod Publish time 25-7-2023 06:06 PM

Barbie Tak Tayang Di Punjab, Kandungan Tak Sesuai

Lembaga Penapisan Filem Punjab melarang tayangan filem ikonik Barbie, komedi fantasi yang dinanti-nantikan di pawagam di negeri itu kerana kandungannya yang tidak sesuai.


Agensi Berita Jerman (dpa) melaporkan, hanya Punjab yang menghentikan tayangan tersebut sedangkan kawasan lain di Pakistan meneruskan tayangan filem berkenaan.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202307/25/180611b3xv5pfsaxqv1p36.png



"Filem itu diharamkan kerana kandungan yang tidak sesuai. Dialog yang tidak sesuai telah disunting dan lembaga penapis filem akan menyemaknya semula sebelum membuat keputusan mengenai tayangannya," kata Setiausaha Penerangan bagi Punjab, Ali Nawaz Awan.


Ini bukanlah kali pertama sebuah tayangan filem diharamkan di Pakistan. Pihak berkuasa Pakistan telah mengharamkan beberapa filem India yang menayangkan aspek negatif agensi perisik negara itu selain membabitkan kandungan lain yang menjadi topik tabu.


Tahun lepas, kerajaan mengharamkan filem Joyland kerana bimbang reaksi negatif masyarakat Islam konservatif.


Joyland adalah hasil produksi Pakistan pertama yang ditayangkan di Festival Filem Cannes.


Kumpulan pelampau Islam menentang budaya lesbian, gay, biseksual, trans dan queer (LGBTQ) dianggap tabu di Pakistan seperti yang berlaku di kebanyakan negara Islam.




Sumber: Bernama

limau Publish time 20-11-2023 03:27 PM

tak tgk lagi
Pages: [1]
View full version: Barbie Tak Tayang Di Punjab, Kandungan Tak Sesuai


ADVERTISEMENT