Raline Publish time 25-7-2023 12:15 PM

Alasan Sherlyn Copra tidur dengan ramai lelaki

Alasan Sherlyn Copra tidur dengan ramai lelaki

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2023/07/SHERYLN-CHOPRA.jpg
SHERLYN CHOPRA


SINONIM dengan imej berani dan ‘daring’, aktres Sherlyn Copra sememangnya tidak gentar berdepan kecaman apabila mendedahkan pernah tidur dengan ramai lelaki.

Namun akui penyeri muka depan PYBY India itu, semuanya dilakukan atas dasar suka sama suka, bukan kerana wang semata-mata.

Biarpun hidup dilimpahi kemewahan daripada individu yang rapat dengannya, dia bertegas tidak sama sekali berhubungan intim jika tidak menyukai lelaki terbabit.

“Saya bukan wanita pendamping atau ‘CG’. Saya cuma berseronok dengan orang yang saya suka,” kata pelakon berusia 36 tahun itu.

Aktres yang bakal tampil dengan lagu genre hip-hop itu turut mengakui pernah mempunyai seorang kekasih yang juga anak ahli politik.

Ungkap Sherlyn lagi, lelaki yang kini menceburi arena politik itu melayaninya dengan baik, selain sangat berbeza berbanding orang lain yang cuba merapatinya.

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/07/25/alasan-sherlyn-copra-tidur-dengan-ramai-lelaki/

Page88 Publish time 21-8-2023 12:22 AM

No one cares.
Pages: [1]
View full version: Alasan Sherlyn Copra tidur dengan ramai lelaki


ADVERTISEMENT