mattzzx Publish time 25-7-2023 08:50 AM

Masalah radio rentap peluang Ferrari

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/ferrari_1690245204.jpg
PEMANDU Ferrari, Charles Leclerc bersiap sebelum memulakan sesi latihan, semalam. FOTO REUTERS

Budapest: Pemandu Ferrari, Charles Leclerc mahu pasukan teknikal pasukan segera mengatasi masalah radio di jentera yang menyaksikan pasukan itu gagal menyerlah dalam perlumbaan Formula One (F1) di Grand Prix Hungary, hujung minggu lalu.

Katanya, dia berdepan detik sukar apabila alat komunikasi di jentera itu tidak berfungsi yang menyebabkan gagal menerima isyarat daripada pasukan sekali gus hanya mampu menamatkan saingan di tempat ketujuh.

Malah katanya, masalah terbabit bukan isu baharu yang berlaku di GP Hungary tetapi turut terjadi di perlumbaan lain sebelum ini.

"Sebenarnya kami berdepan amsalah radio di jentera. Contohnya, satu daripada empat perkataan tidak difahami oleh jurutera kami kerana terdapat masalah dengan radio untuk tiga atau empat perlumbaan.

"Kita perlu membetulkannya dan ia penting. Saya terpaksa menjerit dan meninggikan suara sepanjang perlumbaan kepada jurteknik pasukan yang tidak memahami apa yang saya katakan.

"Tetapi apa yang saya lakukan (tinggikan suara) hanya mahu memastikan mereka tidak salah faham saya. Misalnya saya mahu memotong ke hadapan dalam perlumbaan agar tidak ketinggalan jauh daripada pelumba di depan.

"Namun masalah radio menyaksikan pasukan tidak dapat mendengar jelas suara saya, malah beberapa perkataan yang saya ungkapkan tidak sampai," katanya.

Dalam perlumbaan itu, Max Verstappen mendominasi GP Hungary untuk memberikan pasukan Red Bull kemenangan F1 ke-12 berturut-turut musim ini.

Kemenangan ketujuh berturut-turut Verstappen membolehkan dia melebarkan pendahuluan keseluruhan ke atas Perez kepada 110 mata.
https://www.hmetro.com.my/arena/permotoran/2023/07/991473/masalah-radio-rentap-peluang-ferrari
Pages: [1]
View full version: Masalah radio rentap peluang Ferrari


ADVERTISEMENT