tatod Publish time 24-7-2023 11:17 PM

Jamie Fox Dalam Pemulihan, Masih Rahsiakan Komplikasi Kesihatan

New York: Lama mengunci mulut, Pelakon, Jamie Fox, akhirnya tampil menjelaskan tentang komplikasi kesihatan yang mengakibatkan dia dimasukkan ke hospital sejak April lalu.


Fox menerusi video yang dikongsi di Instagram memaklumkan beliau berdepan fasa sukar sejak beberapa bulan lepas.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202307/24/231732xgo4x3oagtjmp36o.png



Pelakon berusia 55 tahun itu bagaimanapun masih merahsiakan penyakit yang dialaminya itu.


“Saya mengalami sesuatu yang tidak pernah saya sangka akan berlaku kepada diri saya.


“Saya tidak mahu anda melihat saya dalam keadaan begitu (sakit). Saya hanya mahu anda melihat saya tertawa, berseronok, berjenaka, berlakon dan sebagainya.


“Saya tidak mahu dilihat bertarung nyawa, dengan tiub dipasangkan pada tubuh, dalam keadaan ketidaktentuan sama ada saya akan terus hidup atau tidak,” katanya.


Fox juga memaklumkan dia masih dalam proses pemulihan sebelum disahkan benar-benar sihat dan berkemampuan untuk kembali bekerja.


“Saya hanya mahu katakan saya sayangkan anda semua dan menghargai setiap kasih sayang yang saya terima,” ujarnya.


Fox dimasukkan ke hospital ketika mengikuti penggambaran sebuah rancangan komedi bersama pelakon, Cameron Diaz, April lalu.




Sumber: Utusan

lasagna Publish time 25-7-2023 08:48 AM

Mystery illness apa ko ni bang? suspen nya bunyi..
welkam back Jamie Foxx!

zarulnazmi Publish time 25-7-2023 08:55 AM

lasagna: Mystery illness apa ko ni bang? suspen nya bunyi..welkam back Jamie Foxx!

Dia kan dihantar pulang dari dimensi lain oleh Doctor Strange tapi power dia dah hilang sebab tu datang penyakit yang tidak diketahui.

babelina Publish time 25-7-2023 09:47 AM

moga btmbh sihat ye.. btw dia kapel lg ker dgn ex tom cruise tu ker..

KamikuP Publish time 25-7-2023 03:42 PM

Sakit aids ke atau STD? kataku speku jahat

Yoonggi Publish time 26-7-2023 05:02 PM

babelina replied at 25-7-2023 09:47 AM
moga btmbh sihat ye.. btw dia kapel lg ker dgn ex tom cruise tu ker..

katie holmes kan? i wonder too tp baca kt mana hr tu kata dah xde

virgocircus Publish time 13-8-2023 04:11 AM

Get well soon Jamie. Dia ni multitalened. Iols suka tgk interview and impersonation dia kat yt.. He's a good story teller.
Pages: [1]
View full version: Jamie Fox Dalam Pemulihan, Masih Rahsiakan Komplikasi Kesihatan


ADVERTISEMENT