tatod Publish time 24-7-2023 09:58 PM

Mahasiswa Diusir Kerana Video Dakwa Kampung Tiada Wanita Cantik

Jakarta: Seorang mahasiswi Universiti Mataram diusir keluar oleh penduduk Desa Kayangan, Lombok Utara selepas kandungan videonya mendakwa tiada wanita cantik di kampung tersebut, lapor portal berita Kompas.com hari ini.


Dia diusir selepas klip video yang disiarkan dalam akaun Instagram miliknya itu menyinggung perasaan penduduk kampung.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202307/24/215737wbibj0obbgz6pqvz.pngGambar menunjukkan detik-detik seorang mahasiswi diusir keluar di Desa Kayangan, Lombok semalam. - Foto kicknews today




Ketua Polis Lombok Utara, Made Sukadana mengesahkan kejadian itu


“Ya benar (pengusiran itu berlaku).Masyarakat setempat tersinggung kerana kandungan yang disiarkan,” katanya.


Mahasiswi itu sudah keluar dari kampung tersebut selepas dia dibawa balik oleh keluarganya semalam, katanya.


Dalam satu majlis bagi menyelesaikan isu itu di kampung tersebut, mahasiswi tersebut sudah meminta maaf kerana kandungan video tersebut, tambahnya. – Agensi




Sumber: Kosmo! Online

acikonion Publish time 25-7-2023 08:17 AM

xde pompuan cantik pun nk jadi kn content

BoongaKertas Publish time 25-7-2023 08:17 AM

sampai nya hati buat konten cenggitu. kesian penduduk sana.

Lolalala Publish time 25-7-2023 10:31 AM

Kebanyakan GenZ sekarang kurang rasa empathy. Its all about Me konsepnya sekarang

Yoonggi Publish time 26-7-2023 09:31 AM

ha, buat la stetmen x pakai otak, kan dah mendpt

dua_chzy Publish time 27-7-2023 03:29 PM

Lolalala replied at 25-7-2023 02:31 AM
Kebanyakan GenZ sekarang kurang rasa empathy. Its all about Me konsepnya sekarang

Dah Tuhan pun deols tak kenal. Sia2 kena paksa blaja PI dari tadika sampai Tingkatan 5.

Lolalala Publish time 27-7-2023 09:09 PM

dua_chzy replied at 27-7-2023 03:29 PM
Dah Tuhan pun deols tak kenal. Sia2 kena paksa blaja PI dari tadika sampai Tingkatan 5.

Iya. Belajar tapi tak faham gitu laaa. Adab memang kelaut masing².
Pages: [1]
View full version: Mahasiswa Diusir Kerana Video Dakwa Kampung Tiada Wanita Cantik


ADVERTISEMENT