CARI-MAL Publish time 24-7-2023 07:27 AM

Lisa Blackpink Pakai Stoking Koyak Pun Boleh Dapat Pujian Melambung?

Peminat memuji penyanyi Lisa Blackpink yang merendah diri biarpun diri dilimpahi kekayaan apabila memakai stoking koyak pada bahagian ibu jari kaki.


Perkara itu dikongsi sendiri Lisa menerusi IG Story miliknya yang memperlihatkan stoking berwarna merah jambu dipakainya, koyak sehingga menampakkan kuku ibu jarinya.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202307/24/072714ofx0ckccnwnwoepy.jpg



Sarung kaki itu juga sudah kelihatan lusuh, namun dipercayai ia adalah stoking kegemarannya.


Peminat bagaimanapun memuji penyanyi itu yang disifatkan sebagai rendah diri meskipun seorang jutawan.


Apa menarik perhatian adalah seorang peminat mendakwa sarung kaki yang dipakai Lisa adalah pemberiannya.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202307/24/072714uu9fqu5a90az5hx7.jpgIG




"Dia banyak duit tapi tetap pakai stoking berlubang... Seorang yang rendah diri, tak malu tunjuk stoking dia koyak.


"Stoking itu saya hadiahkan pada tahun 2020, tak sangka Lisa pakai juga stoking murah pemberian saya," komen netizen.




Sumber: mStar

cikatilia Publish time 24-7-2023 09:30 AM

"Dia banyak duit tapi tetap pakai stoking berlubang... Seorang yang rendah diri, tak malu tunjuk stoking dia koyak.

so meh ramai2 tunjuk semua baju2 lubang tanda rendah diri anda.

Yoonggi Publish time 26-7-2023 05:07 PM

klu mak aku, sah2 dia akan kata mcm xde socks lain ko nih (dia kata kt aku la)
Pages: [1]
View full version: Lisa Blackpink Pakai Stoking Koyak Pun Boleh Dapat Pujian Melambung?


ADVERTISEMENT