tatod Publish time 23-7-2023 06:11 PM

Kelibat Ular Sawa ‘Gergasi’ Di Kawasan Elmina, Penduduk Setempat Sempat Rakam Reptilia Menjalar Depan Mata

Kelibat seekor sawa gergasi yang didakwa ditemui sekitar kawasan Elmina, Shah Alam, menggemparkan penduduk setempat.


Difahamkan, video yang memaparkan reptilia tersebut sedang menjalar di kawasan berbukit dirakam oleh penduduk setempat.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202307/23/180906nnkxpznuxbz2k8ja.png



Ia kemudian dikongsikan di laman Twitter pemilik akaun @yayaaazmi pada Sabtu.


"Ular sawa/anaconda jumpa dekat area Elmina. Recorded by one of the residents (Dirakam oleh salah seorang penduduk) dan posted (dikongsikan) dalam group community Denai Alam.


"Seram weh besar macam ini, bukan setakat orang ni, lembu kambing pun dia telan ni," demikian kapsyen pada ciapan tersebut.


Menerusi video berkenaan, reptilia tersebut dianggarkan sepanjang lima hingga enam meter.


Dalam ciapan yang sama, individu yang memuat naik video berkenaan berkata tiada perkembangan lanjut mengenai penemuan reptilia berkenaan setakat ini.


202307up_169010706466


Sementara itu menjengah ruangan komen, seorang pengguna Twitter mengesahkan kesahihan penemuan reptilia berkenaan.


"Betul.... Budak-budak basikal pun nampak semalam. Di Elmina Green katanya," tulisnya.


Sementara itu, rata-rata pengguna lain melahirkan kebimbangan memandangkan reptilia tersebut ditemui berdekatan taman perumahan dan kawasan riadah.


"Dahsyat. Besar sangat ni mat. Dah macam dalam movie Anaconda dah saiz dia tu. Ni manusia dia boleh telan ni. Tengok kepala dia tu besar mana.


"Elmina ni kawasan sawit... time saya kecik kawasan Elmina tu pokok je. Elmina pun tengah nak buat belah baru... jadi habitat ular sawa terancam. Hope dapat settle secepat mungkinn, besar ni," komen netizen.




Sumber: mStar, Twitter @yayaaazmi

ilahaz Publish time 23-7-2023 08:42 PM

seram nyaaa, takut tgk

Carcosa Publish time 23-7-2023 10:54 PM

Apa kebabi pendek je video kau ambik? Kalau video merepek2, sanggup lah LIVE sampai. Ini, setakat hujung bulu jembut kau je hah video nya.
Saja nak merisaukan orang. Kalau video ni tipu, harus someone buat report polis, biar anjing yg menipu tu kena tangkap. Emosi aku memalam ni. Yelah, upload video segitu je. Bebal baghal betul, mcm keldai.

KamikuP Publish time 24-7-2023 09:05 AM

Dulu2 Elmina ni kebun kelapa sawit dan ada hospital lama khas untuk pesakit kusta nun jauh dalam kebun tu masa dulu.. Mmg seram yaachh sbb meolls pernah pegi situ dulu huhuhu

matseh Publish time 24-7-2023 09:27 AM

Takutnya...

Supersirap Publish time 24-7-2023 09:32 AM

Besar betul ular sawa tersebut

wikedsaikel Publish time 24-7-2023 10:11 AM

Ada orang reply tweet kata yg ni jadi besar sebab zoom pastu dia bagi gambar lain. Ular kecik sikit. Tapi corak badan ukar yg dia bagi tu lain.

Yoonggi Publish time 26-7-2023 09:39 AM

scary giler. saiz anaconda betul ni

chiyoasuka Publish time 27-7-2023 05:03 AM

seram tgk.. dah la fobia dgn ular ni…

puccafan Publish time 27-7-2023 03:36 PM

Ya Rabbi. Harap2 penduduk situ 2 minggu sekali tabur belerang & letak garam.

Iols haritu nampak cik U kecik pun rasa lemah semangat kejap. Jgn sampai jadi macam video viral dulu. Sawa mengawan kt siling rumah, pastu siling roboh.

jazaa100 Publish time 27-7-2023 07:30 PM

KamikuP replied at 24-7-2023 09:05 AM
Dulu2 Elmina ni kebun kelapa sawit dan ada hospital lama khas untuk pesakit kusta nun jauh dalam keb ...

Kazen aku kena keja kat hosp tu dulu....

Hosp kusta.....memang hidup terasing....
Kami jarang dpt jumpa dia....

KamikuP Publish time 28-7-2023 02:39 PM

jazaa100 replied at 27-7-2023 11:30 AM
Kazen aku kena keja kat hosp tu dulu....

Hosp kusta.....memang hidup terasing....


Ye ke sis.. dulu2 masa kecik meolls pegi,pesakit kusta kat sanamenakutkan mcm alien..

Pages: [1]
View full version: Kelibat Ular Sawa ‘Gergasi’ Di Kawasan Elmina, Penduduk Setempat Sempat Rakam Reptilia Menjalar Depan Mata


ADVERTISEMENT