mattzzx Publish time 23-7-2023 01:32 PM

Ramai pemandu F1 berisiko tiada pasukan musim depan

https://www.utusan.com.my/wp-content/uploads/2023/07/F1-2-e1690025502697.jpg
MASA depan Lewis Hamilton (kiri) dan Daniel Ricciardo dalam perlumbaan F1 musim depan masih tidak menentu.



BEBERAPA pemandu Formula Satu (F1) berpotensi meninggalkan perlumbaan kereta berprestij itu musim depan, termasuk juara dunia tujuh kali, Lewis Hamilton dan Daniel Ricciardo.

Kebanyakan pelumba tersebut bakal tamat kontrak beberapa bulan lagi, sekali gus memberi bayangan mungkin ada antara mereka tidak memeterai perjanjian baharu.

Ini menyaksikan grid F1 musim hadapan berkemungkinan dibarisi muka baharu sekiranya kontrak barisan bintang sedia ini tidak dilanjutkan.

LEWIS HAMILTON

https://www.utusan.com.my/wp-content/uploads/Hamilton-3-1-e1677845366774-600x337.jpg

Kontrak Hamilton bersama Mercedes bakal tamat pada hujung tahun ini, dan sehingga hari ini kedua-dua pihak belum mencapai kata sepakat.

Pemandu Britain itu menyatakan komitmen untuk terus berlumba sehingga lima tahun lagi, namun Mercedes belum memberi lampu hijau kerana mereka hanya mahu melanjutkan kontraknya setahun.

DANIEL RICCIARDO

https://www.utusan.com.my/wp-content/uploads/2023/07/DANIEL-RICCIARDO-600x400.jpg

Red Bull menandatangani Daniel Ricciardo sebagai pelumba simpanan selepas khidmatnya tidak lagi diperlukan oleh McLaren musim depan.

Biarpun pemandu Australia itu tidak berlumba untuk Red Bull musim ini, pengurusan tertinggi bersetuju meminjamkannya kepada pasukan Alpha Tauri untuk baki perlumbaan.

YUKI TSUNODA

https://www.utusan.com.my/wp-content/uploads/2023/07/YUKI-TSUNODA-600x400.jpg

Pelumba muda Jepun ini menunjukkan peningkatan pada musim 2023, dan sering dilabel muka baharu yang berpotensi mengatasi Nyck de Vries.

Bagaimanapun masa depannya dalam F1 terancam sejak kehadiran Ricciardo dalam pasukan Red Bull.

KEVIN MAGNUSSEN

https://www.utusan.com.my/wp-content/uploads/2023/07/KEVIN-MAGNUSSEN-600x338.jpg

Masa depan pelumba Denmark ini dalam keadaan berbahaya selepas pengurusan Haas masih enggan memaklumkan sama ada dia akan ditawarkan perjanjian baharu atau sebaliknya.

Magnussen sering dibayangi Nico Hulkenberg sejak pelumba Jerman itu kembali ke kancah F1 pada musim ini.

NICO HULKENBERG

https://www.utusan.com.my/wp-content/uploads/2023/07/NICO-HULKENBERG-600x309.jpg

Biarpun tampil dengan aksi membanggakan bersama Haas, Hulkenberg juga berdepan situasi sama, iaitu bakal tamat kontrak hujung musim ini. Perjanjian sedang diusahakan dengan pemilik Haas menyatakan sokongan kepada pelumba berusia 35 tahun itu.

LOGAN SAARGEANT

https://www.utusan.com.my/wp-content/uploads/2023/07/LOGAN-SAARGEANT-600x400.jpg

Logan Saargeant bergelut untuk menyaingi prestasi rakan sepasukan di Williams, Alex Albon. Setelah Nyck De Vries ditamatkan kontrak, pemandu Amerika Syarikat ini menjadi satu-satunya pelumba dalam saingan F1 musim ini yang gagal mengutip sebarang mata.

ZHOU GUANYU

https://www.utusan.com.my/wp-content/uploads/2023/07/ZHOU-GUANYU-600x400.jpg

Pelumba China ini diberikan peluang kedua musim lalu apabila ditawarkan kontrak baharu, namun Zhou Guanyu bakal menjadi ejen bebas musim depan.
https://www.utusan.com.my/sukan/2023/07/ramai-pemandu-f1-berisiko-tiada-pasukan-musim-depan/
Pages: [1]
View full version: Ramai pemandu F1 berisiko tiada pasukan musim depan


ADVERTISEMENT