tatod Publish time 22-7-2023 07:26 PM

Jodoh Tak Kesampaian

Dungun: "Sampai sini saja silaturahim kita ya," kata juruteknik,Tuan Muhammad Fahmey Tuan Azman menerusi kapsyen video di TikTok.


Tuan Muhammad Fahmey mendapat perhatian di TikTok selepas berkongsi kisah cintanya dengan bekas teman wanita yang tidak kesampaian.


Ia selepas wanita itu berkahwin dengan jejaka pilihannya baru-baru ini.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202307/22/192646nff79w773tnt3uvx.png



Menerusi dua hantaran berasingan, Tuan Muhammad Fahmey berkongsi tangkap layar perbualannya denganlelaki yang kini suami kepadabekas kekasihnya dan ibu wanita berkenaan.


Perkongsian Tuan Muhammad Fahmey itu meruntun hati netizen yang rata-ratanya bersimpati dan mendoakan pemuda berkenaan bertemu dengan pengganti lebih baik.


Menceritakan isi hatinya, Tuan Muhammad Fahmey berkata, dia menjalin hubungan dengan bekas teman wanitanya itu selama tiga tahun dan sudah merancang untuk berkahwin.


"Saya sudah kumpul duit dan perancangannya nak kahwin pada 13 September depan sempena tarikhulang tahun kelahiran saya.


Menceritakan isi hatinya, Tuan Muhammad Fahmey berkata, dia menjalin hubungan dengan bekas teman wanitanya itu selama tiga tahun dan sudah merancang untuk berkahwin.


"Saya sudah kumpul duit dan perancangannya nak kahwin pada 13 September depan sempena tarikh ulang tahun kelahiran saya. Satu hari, saya terima WhatsApp kiriman seorang lelaki memaklumkan akan berkahwin dengan bekas teman wanita.


"Waktu itu, saya baru tahu perkara sebenar dan terkejut kerana tiada masalah antara kami (dengan bekas teman wanita)," katanya ketika dihubungi Harian Metro.


Menurut Tuan Muhammad Fahmey, dia turut diundang ke majlis perkahwinan namun tidak hadir.


"Saya tak kuat nak nak datang dan tengok dia bersanding dengan orang lain. Itu perkara yang saya paling takut dan akhirnya ia terjadi juga.


"Selepas dapat tahu dia akan berkahwin, saya sekat nombornya dan tidak lagi berhubung namun ibunya ada mesej saya tanya mengapa tak datang ke majlis perkahwinan anaknya," katanya.


Tuan Muhammad Fahmey berkata, niatnya berkongsi cerita di TikTok hanya untuk meluahkan perasaannya.


"Ia kerana ketika itu, saya tak tahu nak kongsi dengan siapa.


"Tak sangka kisah saya boleh tular hingga ramai turut bersimpati malah ada yang sampai nak jadikan menantu namun kebanyakannya beri komen positif dan beri kata semangat.


"Kini, emosi saya sudah stabil, sudah ikhlaskan mereka dan akur dengan takdir," katanya.




Sumber: Harian Metro

dua_chzy Publish time 22-7-2023 08:07 PM

Kemain babi mak betina tu mesej gitu. Memang takda common sense la kot keturunan ni.

Thunderclouds Publish time 22-7-2023 08:18 PM

Amenda aku baca neh?
Point of story anyone???

Tinot7 Publish time 22-7-2023 09:45 PM

Saikonya acik..


"Selepas dapat tahu dia akan berkahwin, saya sekat nombornya dan tidak lagi berhubung namun ibunya ada mesej saya tanya mengapa tak datang ke majlis perkahwinan anaknya," katanya.

matjerk Publish time 23-7-2023 01:21 AM

So tiktok dia apa klu aku nak cari cerita lanjut??????Wwrtawan ni mmg buat keje tangkap muat je ke???Ss perbualan dgn suami ex gf dia mana????Nak suruh cari sendiri kat Tt.. aku search nama Tuan tu x jumpa pun.. hempeh

zuuu Publish time 23-7-2023 01:45 AM

Jap aq x faham kira dia ngan gf dia couple 3 tahun siap janji nk kawin september tahun depan pastu ttiba ada lelaki ni mesej dia cakap nk kawin ngan gf dia,camtu ke???ke dia x tahu yg pompuan tu dh dump dia n cari org lain...pelik pulak cara mak x gf dia mesej tu cam dyorg putus cara baik

AkokKocik Publish time 23-7-2023 04:15 AM

Dia kongsi kisah d tiktok tp xsangka tular????

anony-mous Publish time 23-7-2023 08:28 AM

Kau je kot yg perasan org tu gf? Entah2 girl tu anggap kwn je. Entah ye ke x dah ckup duit. Lambat sgt baik dia ambil yg lg kaya

anony-mous Publish time 23-7-2023 08:29 AM

zuuu replied at 23-7-2023 01:45 AM
Jap aq x faham kira dia ngan gf dia couple 3 tahun siap janji nk kawin september tahun depan pastu t ...

Klau tgk mesej mak prempuan tu, mcm prempuan tu kenalkan dia as kwn rapat / kwn baik jah

kaoru44 Publish time 23-7-2023 04:10 PM

kawan je kot..mcm kwn2 je mak cik tu tnya..

otai_g Publish time 24-7-2023 10:52 AM

Content ke real ni? :lol:

chiyoasuka Publish time 27-7-2023 10:20 PM

tak faham???

dekmieDandy Publish time 28-7-2023 09:27 AM

malas nak baca, tapi laki tu comey

banyak budak ganu lalu FYP comey2 belaka
Pages: [1]
View full version: Jodoh Tak Kesampaian


ADVERTISEMENT