CARI-MAL Publish time 22-7-2023 03:38 PM

Cita Citata Dah Pencen, Ucap Selamat Kembali Kepada Cita Rahayu

Bukan lagi Cita Citata, penyanyi dangdut dari seberang itu kini mahu dikenali sebagai Cita Rahayu.


Dia mahu merehatkan nama tersebut kerana sudah banyak pengalaman pahit dan manis yang dilaluinya sepanjang bergelar anak seni.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202307/22/153649uxc6j9chel9jhi6d.jpgIG




"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Cita Citata walaupun ia adalah diri saya sendiri.


"Dia (merujuk kepada nama Cita Citata) cukup kuat mengharungi segala dugaan dalam hidupnya.


"Sekarang sudah tiba masanya Cita Citata beristirahat dengan momen dan pengalaman proses kematangan yang dialaminya," katanya.


Cita berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya.


Cita bagaimanapun berharap agar keputusannya ini tidak mengecewakan peminat dan menyambut kembali dirinya dengan nama baharu.


"Selamat datang kembali diriku yang dulu dan sebenarnya iaitu Cita Rahayu.


"Semoga anda (peminat) semua tidak kecewa dan menerima saya seadanya," ujarnya.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202307/22/153649uerefyjffyaozlj7.jpg



Untuk info, Cita memulakan kerjaya sebagai penyanyi dangdut pada 2014 dengan lagu Sakitnya Tuh Di Sini.


Pada 2015, penyanyi itu juga turut menempa kejayaan menerusi video muzik lagu Goyang Dumang yang berada di kedudukan kedua dalam kategori video muzik paling popular yang dilancarkan di saluran YouTube.




Sumber: mStar

CARI-MAL Publish time 25-7-2023 09:00 AM

kita pun ada retis yang selalu tukar nama...
Pages: [1]
View full version: Cita Citata Dah Pencen, Ucap Selamat Kembali Kepada Cita Rahayu


ADVERTISEMENT