chacon Publish time 22-7-2023 12:20 PM

Rider GrabFood Campak, Tendang Makanan Pelanggan Atas Lantai, “Macam Takde Otak!”



Tindakan seorang penghantar makanan mencampak dan menendang makanan pelanggan di lantai telah mengundang rasa marah orang ramai.

Menerusi video pendek yang tular di Twitter, individu itu dilihat mengambil makanan yang dah siap di vendor. Namun, tak semena-mena dia mencampaknya dan menolak dengan kaki.

https://twitter.com/MALAYSIAVIRALLL/status/1681972950860447744

Saksi kejadian yang terkejut menegur apa masalah rider sehingga bertindak sedemikian. Di ruangan komen, netizen menghentam tindakan rider tersebut malah ada yang membuat laporan terhadap pihak pengurusan Grab agar mengambil tindakan lanjut.



Menurut netizen, rider boleh memilih untuk menutup aplikasi jika tiada mood untuk bekerja bukannya melepaskan marah terhadap makanan.

Pages: [1]
View full version: Rider GrabFood Campak, Tendang Makanan Pelanggan Atas Lantai, “Macam Takde Otak!”


ADVERTISEMENT