mattzzx Publish time 22-7-2023 10:48 AM

Perez berdepan detik ngeri di sesi latihan bebas GP Hungary

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/MOTOR-F1-HUNGARY__1689947064.jpg
JENTERA Perez rosak teruk di bahagian kiri akibat kemalangan. FOTO Reuters

Budapest: Pelumba Red Bull, Sergio Perez berdepan detik ngeri pada sesi latihan bebas Grand Prix (GP) Hungary selepas jenteranya terbabas dan melanggar penghadang litar.

Kemalangan yang membabitkan pelumba Mexico itu di selekoh kelima, menyebabkan bendera merah dikibarkan.

"Saya tidak percaya (perkara ini terjadi)," kata Perez melalui radio pasukan, dengan kereta yang dilanggar itu kelihatan seperti mengalami kerosakan teruk.

"Saya terbabas ke rumput dan saya berfikir untuk membrek, saya hanya hilang kawalan," tambahnya.

Perez gagal untuk berada di kelompok 10 teratas dalam lima perlumbaan terakhirnya, hanya sekali berdiri di podium.

Pelumba simpanan Red Bull, Daniel Ricciardo bersedia untuk menjadi pengganti jika berlaku sebarang kemungkinan.
https://www.hmetro.com.my/arena/permotoran/2023/07/990260/perez-berdepan-detik-ngeri-di-sesi-latihan-bebas-gp-hungary
Pages: [1]
View full version: Perez berdepan detik ngeri di sesi latihan bebas GP Hungary


ADVERTISEMENT