mattzzx Publish time 22-7-2023 10:44 AM

Marquez dinasihat bersara

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/MOTO-PRIX-GER-MOTOGP-TRAINING_1689993459.jpg
MARC Marquez. FOTO AFP

London: Juara dunia 500cc, Wayne Gardner, menasihatkan Marc Marquez untuk bersara kerana bimbang dengan peningkatan usianya dan mengalami banyak kecederaan.

Tahun 2023 adalah musim malang untuk pelumba Honda itu yang terbabit dengan beberapa insiden kemalangan serta kecederaan dan ketika ini sedang melalui proses pemulihan masalah tulang rusuk.

"Marc sudah menghadapi banyak kecederaan, tetapi dia kembali berlumba dan cedera lagi.

"Pada zaman saya, jika kita mengalami lima atau enam kemalangan setahun, anda boleh mencederakan diri anda dengan serius.

"Bagaimanapun, terima kasih kepada teknologi terkini yang menyebabkan pelumba kurang mengalami kecederaan meskipun terbabit kemalangan banyak kali," katanya.

Jelas Gardner, beliau pernah berada dalam situasi yang sama seperti juara enam kali MotoGP itu iaitu mengalami banyak kecederaan dan sukar untuk menang lagi.

"Mentaliti berubah, badan menjadi lemah dan semua ini menjurus kepada kekecewaan. Pada pendapat saya Marquez harus bersara.

"Saya peminat tegarnya, tetapi saya takut dia akan alami kecederaan jika cuba kembali berlumba. Usianya sudah mencecah 30 tahun dan mentaliti yang ada padanya pasti berbeza," katanya.
https://www.hmetro.com.my/arena/permotoran/2023/07/990363/marquez-dinasihat-bersara
Pages: [1]
View full version: Marquez dinasihat bersara


ADVERTISEMENT