CARI-MAL Publish time 21-7-2023 11:49 AM

Sedia 52 Bukti Suami Curang Untuk Pertahan Hak Jagaan Anak

Peguam Inara Rusli memaklumkan suaminya, Virgoun yang curang, meminta izin isterinya untuk berpoligami dengan orang ketiga dalam rumah tangga mereka.


"Dua hari sebelum sambutan Aidilfitri, Virgoun beritahu mahu mengahwini wanita yang dikaitkan curang dengannya sebelum ini," katanya seperti dilaporkan Detik.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202307/21/114830wpthpiurgtthgoiu.jpgIG




Tambahnya, Inara mendedahkan hubungan sulit Virgoun disebabkan sudah hilang sabar apabila penyanyi itu mengulangi perbuatan sama.


Bahkan, seperti yang didedahkan Inara, suaminya itu pernah menulis surat perjanjian tidak mahu lagi bermain kayu tiga.


Dalam masa sama, Inara juga sudah bersedia dengan 52 bukti bertulis bagi prosiding kes cerai mereka pada 26 Julai ini.


Segala bahan bukti bakal dikemukan supaya Inara dapat mempertahankan hak penjagaan anak.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202307/21/114831owm77fmo5m7tw7op.jpgIG




"Wanita mana yang boleh bersabar apabila suaminya secara terangan bersikap curang. Virgoun pernah membuat kenyataan bertulis tidak mahu curang lagi.


"Kalau ada sebarang bantahan dari pihak Virgoun, kami sudah sedia membela diri," ujarnya.




Sumber: mStar

CARI-MAL Publish time 25-7-2023 09:03 AM

berapa bukti virgoun nak balas?

lasagna Publish time 25-7-2023 09:09 AM

byk betul bukti dia kumpul.. hebat!
Pages: [1]
View full version: Sedia 52 Bukti Suami Curang Untuk Pertahan Hak Jagaan Anak


ADVERTISEMENT