Raline Publish time 21-7-2023 08:48 AM

Ikan bilis mata biru Tanjung Dawai pula jadi rebutan

Ikan bilis mata biru Tanjung Dawai pula jadi rebutan




https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2023/07/lead-2-4-1536x1154.jpg
NURUL AMANINA menunjukkan ikan bilis mata biru keluaran Tanjung Dawai, Sungai Petani yang mendapat permintaan tinggi.


SUNGAI PETANI – Produk ikan bilis mata biru keluaran Tanjung Dawai di Merbok, dekat sini semakin mendapat permintaan ramai berikutan rasa dan teksturnya yang hampir sama dengan ikan bilis jenis sama dari Pulau Pangkor, Perak.

Selain ikan bilis, Arked Tanjung Dawai menjual pelbagai produk hasil laut seperti belacan, ikan pekasam, keropok kering dan ikan kering.

Rata-rata peniaga yang ditemui memberitahu, ikan bilis mata biru keluaran Tanjung Dawai menjadi produk yang mendapat permintaan tinggi dan paling laris ketika ini.

Seorang peniaga hasil laut di arked tersebut, Nurul Amanina Damia Abu Seman, 18, berkata, ikan bilis mata biru Tanjung Dawai dijual pada harga bermula RM36 sekilogram bagi yang belum dikupas hingga RM60 sekilogram bagi yang sudah dikupas.

Katanya, harga ikan bilis di situ bergantung kepada faktor bekalan, jika bekalan banyak harganya akan lebih murah.

“Kebiasaannya bekalan ikan bilis akan berkurang disebabkan faktor cuaca yang tidak menentu dan nelayan tidak dapat ke laut,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2023/07/1689525561670-750x563.jpg
PENGUNJUNG sedang memilih produk hasil laut yang dijual di Arked Tanjung Dawai, Merbok di Sungai Petani semalam.


Katanya, ikan bilis jenis itu mempunyai rasa yang enak dan tidak terlalu masin serta tekstur kerangupan tahan lama.

Sementara itu, seorang pengunjung dari Pahang, Najmah Muhammad Ali, 60, berkata, Tanjung Dawai adalah destinasi yang wajib dikunjungi setiap kali datang bercuti ke Kedah.

“Saya akan beli ikan bilis, belacan dan ikan pekasam untuk dibawa balik ke Pahang sebagai buah tangan,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/07/21/ikan-bilis-mata-biru-tanjung-dawai-pula-jadi-rebutan/

Pantheratrade Publish time 31-7-2023 09:38 PM

itu kan sangat enak bisa dimasak goreng pedas manis, lezatnya

Vidall Publish time 15-8-2023 11:30 PM

Pada https://flypark.com.ua/ juga pilihan yang kaya!
Pages: [1]
View full version: Ikan bilis mata biru Tanjung Dawai pula jadi rebutan


ADVERTISEMENT