sepulnuar Publish time 22-12-2010 02:38 PM

[c] aku seekor anak panda gergasi [u]

Post Last Edit by sepulnuar at 22-12-2010 15:39

hai. nama aku wani. aku adalah spesis haiwan yang dipanggil beruang panda gergasi. sila klik sini. aku dilahirkan dan dibesarkan di negara china. aku tinggal bersama emak aku. emak aku sangat sayangkan aku. emak aku bernama norlia a/p mutusami. tentu awak semua tertanya-tanya mengapa nama datuk aku ialah mutusami. jawapannya ialah kerana mutusami telah mengambil emak aku sebagai anak angkat. mutusami sangat sayangkan emak aku. malangnya mutusami telah lama meniggal dunia disebabkan penyakit demam chikungunya.

aku dan emak aku tinggal di dalam gua batu kapur. gua tersebut terletak tidak jauh daripada sungai. kami mendapat bekalan air untuk diminum daripada sungai tersebut. kegiatan utama aku dan emak aku ialah makan dan tidur. kami makan pokok buluh. kadang-kadang kami makan rebung buluh juga. aku sangat suka makan pokok buluh sebab ianya sangat lazat. disebabkan aku masih budak-budak lagi, aku suka bermain cakar-cakar dengan mak aku. aku sangat sayangkan mak aku sama seperti emak aku sayangkan aku.

pada suatu pagi yang dingin, emak aku telah keluar untuk mencari pokok buluh. aku tinggal seorang diri di dalam gua. seperti hari-hari yang biasa, aku akan mengemas gua tempat tinggal kami supaya ianya tidak nampak seperti sarang tikus. lagipun, aku ni kan anak dara. jadi mestilah aku rajin-rajin mengemas rumah(maaf, maksud aku mengemas gua), menyapu sampah dan sebagainya. selepas aku selesai mengemas, aku pon duduk-duduk dan berehat diruang tamu.

sementara menunggu kepulangan emak aku, aku mula berasa bosan. sebab tiada apa yang hendak dibuat lagi. jadi, aku mengambil keputusan untuk melayari internet. mula-mula aku membuka facebook dot kom. aku tengok tiada sesiapa pon yang menghantar mesej kepada aku. lalu aku pon membuka permainan yang terdapat dalam facebook. permainan itu dipanggil farmville. aku sangat suka bermain farmville. sebab aku dapat menanam pokok buluh dengan banyaknya. sedang aku asyik bermain, tiba-tiba perut aku berasa lapar.

tidak beberapa lama kemudian, emak aku pon pulang. emak aku membawa banyak pokok buluh untuk dimakan bersama-sama. aku rasa gembira kerana aku tidak perlu berasa lapar lagi. selepas kami makan-makan dan berasa kenyang, kami pun duduk berehat sambil berbual-bual. emak aku sangat peramah dan suka membuat lawak. walaupon lawaknya kadang-kadang tidak berapa lawak. aku akan berpura-pura gelak untuk menjaga hati emak aku. sebab aku sangat sayangkan emak aku.

aku harap emak takkan tinggalkan aku. sampailah masa aku terpaksa tinggalkan mak aku. sebab aku perlu berdikari dan meneruskan generasi kami, beruang panda gergasi.
Pages: [1]
View full version: [c] aku seekor anak panda gergasi [u]


ADVERTISEMENT