mattzzx Publish time 20-7-2023 09:02 AM

'Marc Márquez: ALL IN' beri peluang peminat kenali jaguh MotoGP

https://assets.bharian.com.my/images/articles/WhatsApp_Image_2023-07-19_at_16.57.28_%281%29_1689764350.jpg
Kisah peribadi Marq Marquez ditayangkan menerusi Red Bull TV.

KUALA LUMPUR: Dokumentari juara dunia MotoGP, 'Marc Márquez: ALL IN' jelas memberi peluang kepada peminat dua roda mengenali sisi Marquez yang belum pernah ditunjukkan kepada umum.

Dokumentari sebanyak lima episod yang ditayangkan baru-baru ini menawarkan menawarkan sekilas gambaran perjalanan peribadi Márquez, motivasinya dan cabaran yang terpaksa diatasinya untuk menjadi anak didik MotoGP yang dikenali ramai.

Ditayangkan menerusi Red Bull TV, ia memaparkan rangkaian perjalanan selama satu tahun dalam perjalanan hidup Marquez yang mempamerkan kelahiran seorang atlet juara dan menyajikan peluang tontonan secara eksklusif yang belum pernah berlaku sebelum ini.

"Marc Márquez, juara berulang kali MotoGP yang terkenal dengan gaya tunggangannya yang berani serta keazamannya yang tidak berbelah bahagi memukau penonton di seluruh dunia dengan kehebatannya mengemudi motosikal berkelajuan tinggi.



"Pendekatan unik Marquez kepada berlumba memberikannya reputasi yang berbeza-beza dari dalam paddock kerana dia terus menguji had kemahirannya tanpa gentar.

"Dokumentari ini memberi peluang kepada peminat untuk mengetahui kehidupan dan kerjaya pelumba legenda ini dengan lebih mendalam," katanya dalam satu kenyataan.

https://www.bharian.com.my/sukan/litar/2023/07/1128716/marc-m%C3%A1rquez-all-beri-peluang-peminat-kenali-jaguh-motogp
Pages: [1]
View full version: 'Marc Márquez: ALL IN' beri peluang peminat kenali jaguh MotoGP


ADVERTISEMENT