sepulnuar Publish time 22-12-2010 12:26 PM

[c] cinta pertamaku [u]

Post Last Edit by sepulnuar at 22-12-2010 15:38

aku terjatuh cinta untuk kali yang pertama seawal umurku 6 tahun. waktu tu aku sekolah tadika(taman didikan kanak-kanak). aku tak ingat bila, tapi kali pertama aku terpandang sidia, aku rasa terjatuh cinta. hahaha.

dia memang cantik pada mata aku. sangat cantik. tapi aku tak tahu apa perasaan dia terhadap aku. masih aku ingat apa yang dia pakai waktu itu. kain warna pink, baju kurung putih dan tudung putih dengan lukisan bunga-bunga.

dulu, kelas dibahagikan kepada 2 sesi. sesi ke-1 pukul 8 hingga 10, sesi ke-2 pukul 10 hingga 12. aku belajar sesi ke-2, manakala dia belajar sesi ke-1. jadi aku cuma dapat lihat dia waktu 2-2 sesi digabungkan. memang penuh satu kelas.

waktu sesi diasingkan, aku akan tengok-tengok luar bila mula kelas. sebab dia selalu tunggu van untuk balik rumah. dapat tengok wajah dia untuk satu hari, buat aku rasa sangat gembira. alangkah baiknya kalau dapat berkawan denga dia.

tapi aku tak pernah bertegus sapa dengan dia. cinta dalam diam. cinta yang tak mengharapkan balasan. cukuplah aku mencintai dia walaupun dia tidak mengetahuinya. sampaikan aku rasa rajin untuk pergi tadika pun sebab nak tengok dia.

pada hujung tahun, kelas digabungkan. aku rasa sangat hepi. murid-murid semua duduk dalam barisan. sesi ke-1 4 barisan, sesi ke-2 4 barisan. aku duduk barisan ke-1, dia pulak duduk barisan ke-8. walaupun duduk dalam barisan yang jauh, sempat jugak aku curi-curi tengok muka dia. gembiranya rasa.

suatu hari cikgu aku bermain pantun. "buah cempedak diluar pagar, ambil galah tolong jolokkan,... siapa boleh sambung?". aku pernah dengar pantun ni. ini lah masanya aku nak menonjolkan diri. "saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan" aku jawab dengan senyuman. "pandai awak sepul" puji cikguku.

lepas tu aku tengok dia. dia pon tengok aku. kami bertentang mata. aku senyum. dia pon senyum. hahaha. rasa macam nak meloncat pon ada. lepas tu aku tak ingat apa-apa yang berlaku. fikiran aku cuma terbayang senyuman dia yang manis tu saja.

habis sekolah tadika. masuk darjah 1. aku cuba cari dia semula. tapi tak jumpa. agaknya dia dah berpindah. rasa menyesal pon ada. sebab aku tak pernah tau nama dia. dia dah pergi. tinggal aku sendiri. tapi tak sendiri juga. sebab aku jumpa ramai kawan baru. permulaan yang baru pon bermula. harap dapat jatuh cinta lagi.

habis.

peachauto Publish time 22-12-2010 01:28 PM

Umo 6 taon kegemaran aku ialah katon

peachauto Publish time 22-12-2010 01:30 PM

Post Last Edit by peachauto at 22-12-2010 14:28

-dabel post-

bb_75 Publish time 22-12-2010 04:35 PM

6 tahun pun dah reti bercinta ya??
budak2 zaman sekarang....:lol:

qislea Publish time 22-12-2010 09:20 PM

ini cerita betul awak ke fantasi semata-mata

mawar65 Publish time 22-12-2010 11:31 PM

ble nk smbg n3 ag????;P

fazss Publish time 23-12-2010 12:44 PM

6 tahun bercinta... yes!! kanak2 hari ini...

mijot Publish time 23-12-2010 04:12 PM

hebat kanak-kanak zaman sekarang :lol:

merahsilver Publish time 23-12-2010 06:36 PM

mcmana rasanya bercinta masa umur 6thn ek?
sama ke masa kita umur 16thn? 26thn?
anak zaman moden....
Pages: [1]
View full version: [c] cinta pertamaku [u]


ADVERTISEMENT