tatod Publish time 18-7-2023 06:05 PM

'Kepala Retak, Pendarahan Dalam Otak'-Ibu Terkilan Anak 8 Bulan Didera Pengasuh

Seorang wanita telah meluahkan rasa kecewa terhadap tindakan pengasuh yang didakwa mendera anak lelakinya yang kini berusia 11 bulan.


Menerusi bebenang di laman Twitter, wanita yang dikenali sebagai Nurin itu memaklumkan anaknya, Nifael telah mengalami retak dan pendarahan didalam otak dan kedua belah matanya atau Shaken Baby Syndrom.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202307/18/180405rmejuue9083ern1m.png



Difahamkan, ibu berkenaan baru tiga minggu menghantar anaknya ke pengasuh namun mendapati anaknya mula kelihatan lesu dan mengalami muntah-muntah.


Tidak lama selepas itu, anaknya mula mengalami sawan di rumah pengasuh dan doktor yang merawatnya mendapati terdapat hentakan di kepala kanak-kanak berkenaan.


"Result CT Scan ada pendarahn dalam kepala ddan retak. Malam tu jugak doktor buat pembedahan keluarkan cecair dan darah dalam kepala," katanya.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202307/18/180430nq75nar5qiznlwyt.jpg



Susulan itu, doktor telah mengesyaki terdapat penderaan di rumah pengasuh memandangkan ibu bapa memaklumkan kanak-kanak itu selamat di rumah.


Bukan itu sahaja, kanak-kanak itu terpaksa menjalani pembedahan untuk memasukkan tiub dari bahagian kepala sehingga perutnya.


Bagaimanapun, ibu kanak-kanak berkenaan kecewa kerana siasatan yang dijalankan oleh pihak berkuasa agak memakan masa yang lama.




Sumber: Beautifulnara

dua_chzy Publish time 18-7-2023 09:56 PM

Sedihnya aku tengok. :'(:'(:'(

Santau ja pengasuh tu kak. Takyah tunggu balasan Allah. Berpuluh tahun pun belum tentu datang balasan.

Eeeiiiiii kenapa buat baby camni, celaka!!!!!!!

dua_chzy Publish time 18-7-2023 09:56 PM

Approach si Yuseri tu minta tolong. Eiiiii!!!!!!!

jazaa100 Publish time 19-7-2023 12:35 AM

Sampainya hati....

Budak 11bln apa lah yg dia paham.....

Tiggybiru Publish time 19-7-2023 11:02 PM

Semoga pelaku dpt balasan setimpal

nurul_akmar Publish time 20-7-2023 07:59 AM

byk gila kes dera2 budak ni... tp tindakan penguatkuasaan kita slooooowwww sgt..
dr zaman midin ke zaman pmx
sama slow aku rasa

dekmieDandy Publish time 20-7-2023 09:48 AM

wow first time nampak sampai kena masuk tiub dari otak

moga cepat sembuh ye anak

Sazreena Publish time 24-7-2023 12:13 PM

Allahu sedihnya! Ko kalau dah stress mengasuh, cakap je la tak nak. Titik. Ni sampai mendera pehal setan.

kkm123 Publish time 24-7-2023 02:18 PM

Semoga pelaku dpt balasan setimpal

chiyoasuka Publish time 27-7-2023 10:26 PM

plg xboleh tgk kes dera2.. lagi2 klu budak2 yg kena dera.. astagfirullah… ksian tgok
Pages: [1]
View full version: 'Kepala Retak, Pendarahan Dalam Otak'-Ibu Terkilan Anak 8 Bulan Didera Pengasuh


ADVERTISEMENT