Raline Publish time 18-7-2023 01:26 PM

Harga sayur buat Suniel Shetty terkesan

Harga sayur buat Suniel Shetty terkesan

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2023/07/SUNIEL-SHETTY-SAYUR-SAYUR.jpg
SUNIEL dan isterinya, Mana merungut akibat kenaikan harga makanan mentah di India.


ISU harga sayur dan bahan mentah yang mencanak naik di India turut menjadi topik perbincangan hangat termasuk oleh aktor senior, Suniel Shetty.

Sebagai pengusaha restoran, pelakon itu juga antara yang terjejas kerana masalah nasional tersebut.

Isteri Suneil iaitu Mana Shetty, membuat semakan harga di beberapa kedai sebelum membeli bahan mentah dan tidak menafikan bahawa perniagaan mereka terjejas.

Begitupun, pasangan terbabit tetap menyediakan bahan makanan terbaik kepada pelanggan mereka biarpun berdepan isu harga.

Pada masa sama, pelakon berusia 61 tahun itu kerap meluahkan pendapat mewakili peminat dalam media sosial berkenaan isu ekonomi dan kewangan.


Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/07/18/harga-sayur-buat-suniel-shetty-terkesan/

Page88 Publish time 21-8-2023 12:27 AM

Inflation is everywhere.
Pages: [1]
View full version: Harga sayur buat Suniel Shetty terkesan


ADVERTISEMENT