Raline Publish time 17-7-2023 04:38 PM

Isteri bergilir layan dua suami sedang berlaku.....

Isteri bergilir layan dua suami

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2023/07/WhatsApp-Image-2023-07-17-at-3.09.58-PM.jpeg
Gambar hiasan


PETALING JAYA – Seorang wanita bertindak berkahwin dua sekali gus mempunyai dua suami serta bergilir-gilir melayani mereka pada waktu siang dan malam.

Kisah benar itu diceritakan seorang peguam syarie, Shazril Khairy Mustafa menerusi media sosial TikTok berhubung kes yang dikendalikan beliau.

“Isteri dua suami, kisah benar kendalian saya sendiri. Suami pertama berkahwin di Siam tanpa diketahui keluarga. Suami kedua berkahwin di Malaysia direstui ibu bapa.

“Siang isteri ke rumah suami pertama, alasan keluar kerja kepada bapanya. Bila malam balik ke rumah suami kedua yang tinggal sekali dengan bapanya.

“Isteri enggan berpisah dengan kedua-duanya sebab sayang. Haram memang menyeronokkan,” katanya pada hantaran tersebut baru-baru ini.

Menjawab soalan daripada salah seorang pengguna TikTok, beliau berkata, kes berkenaan telah selesai apabila wanita itu mengikut pilihan bapanya.

“Dah selesai, isteri ikut pilihan bapa pilih kedua. Jadi berlaku penceraian untuk pernikahan pertama,” katanya. – KOSMO! ONLINE


Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/07/17/isteri-bergilir-layan-dua-suami/

CiliPadiSedap Publish time 17-7-2023 05:11 PM

ganas betul ada dua suami. poen dia pakai besi titanium ke?

cakarputih Publish time 13-8-2023 10:57 PM

masa zaman ini semakin banyak anomali anomali yang melawan kuadrat

MenjelangSenja Publish time 23-8-2023 02:45 PM

Orang nie cenderong kepada sakit mentel, sel2 otak lambat berhubung????

green~tea Publish time 3-9-2023 12:07 AM

Bodoh apa betina birah ni unnecessary trouble????

loklokanz Publish time 27-9-2023 11:22 AM

semakin aku mendalami isu2 melibatkan org yg dah berkahwin jaman now..semakin mendebarkan dan serammm
Pages: [1]
View full version: Isteri bergilir layan dua suami sedang berlaku.....


ADVERTISEMENT