tatod Publish time 17-7-2023 07:51 AM

Rakam Sambil Gelak Tengok Pakcik Tua Kencing Tepi Highway, Pemandu Honda Kesal Bapa Uzur Diaibkan

Tular di media sosial rakaman sebuah kereta Honda berwarna merah yang memberhentikan kenderaan di lorong kecemasan ketika trafik sesak dipercayai berlaku di Lebuhraya Utara Selatan dekat Johor.


Berdasarkan rakaman dipercayai dibuat oleh seorang wanita tersebut, seorang penumpang kereta Honda terbabit dilihat sedang membuang air kecil.


Susulan penularan video tersebut, seorang individu yang mendakwa sebagai pemilik kereta Honda berwarna merah berkenaan tampil memberi penjelasan berhubung situasi yang berlaku.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202307/17/074850cqf0qpq4aazeueoz.jpg



Dia mendakwa terpaksa memberhentikan kenderaan di lorong kecemasan kerana terdesak apabila bapanya yang merupakan warga emas terpaksa membuang air kecil kerana tiada kawasan Rehat dan Rawat (R&R) atau hentian sebelah yang berdekatan.


"Saya pemilik kereta berwarna merah dalam video tersebut. Pada hari kejadian cuaca hujan dan terjadi kemalangan di depan yang mengakibatkan kesesakan lalu lintas.


"Pada saat itu, saya hanya memilih untuk mengatasi situasi mendadak ini di tepi lorong kecemasan. Saya menyalakan lampu kecemasan untuk ke lorong kecemasan," tulisnya menerusi satu ruangan komen di grup Facebook.


Menurut pemandu kereta Honda itu, dia menyedari terdapat seorang individu di dalam sebuah kereta membuat rakaman dan melihat video itu tersebar di media sosial beberapa hari kemudian.


"Jika saya dikenakan denda, saya harus bertanggungjawab. Tetapi mengapa harus memburukan imej orang lain? Adakah ayah saya berbuat salah kerana harus membuang air kecil kerana keadaannya?


"Adakah dia melakukan kejahatan? Hal ini amat menyinggung perasaan keluarga saya dan saya berasa terganggu," katanya lagi.


Katanya lagi, dia berharap pemilik video tersebut dapat memberi penjelasan dan membuat permohonan maaf secara terbuka atau dia akan mengambil tindakan undang-undang kerana mengaibkan bapanya.


Selain merakamkan keretanya berhenti di lorong kecemasan, pemilik video tersebut turut didakwa bergelak ketawa ketika melihat bapa pemandu Honda terbabit membuang air kecil.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202307/17/074932cj8jgljij6vizllg.jpg



Difahamkan, pemandu kereta Honda tersebut membuat laporan polis berhubung video yang tular.


"Saya akui dan akur sekiranya kereta yang dipandu oleh saya ditularkan kerana menggunakan lorong kecemasan tetapi ini melibatkan maruah ayah saya," katanya.


Hasil semakan mendapati video yang dimuat naik oleh seorang pengguna akaun TikTok bagaimanapun sudah dipadamkan.


Untuk rekod, perbuatan mengaibkan kehormatan merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan.


Pada masa sama, memandu di lorong kecemasan juga merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 119 Akta Pengangkutan Jalan 1987.




Sumber: mStar

Binodino Publish time 17-7-2023 08:08 AM

Sebab tu aku cukup benci spesis manusia yang kemaruk nak viralkan orang tanpa izin.

lostnfaun Publish time 17-7-2023 08:22 AM

Yg rekod tue budakĀ² sunat laser ke? Tik tok nie byk buat orang hilang akal berfikir.

isseliparjepun Publish time 17-7-2023 08:27 AM

Memang raaaaaamai manusia zaman sekarang lebih laju tangannya berbanding akalnya untuk berfikir. Moga yang suka viral tanpa fikir ni, jangan sampai 1 hari, perkara ni berbalik pada kamu atau keluarga kamulah. Sebab tak jadi pada diri sendiri, tu dia seronok rekod and viral. Nak nak cermin kereta tinted.

mamajawie Publish time 17-7-2023 10:11 AM

adehh, benda ni pun dak tu nk rakam..bodo much

prettyuglybabe Publish time 17-7-2023 10:18 AM

reminder pada semua lelaki..
kalau dah emergency sangat, jangan la pancut berdiri..
cangkung la supaya orang tak nampak..
korang pun macam tak reti nak jaga maruah sendiri kan..

iolss Publish time 17-7-2023 11:16 AM

betulllllll... saman sapa yg viral kan ni pls.
aku geram je sbb melampau2 kes viral amik video muka org harta org tanpa izin ni..
manusia skrg makin biadap n makin xde akal. otak nk viral je nk content.
eh geram. biadap btl

She-Ra Publish time 17-7-2023 11:18 AM

asal boleh jd content, like jota ribu lemon.. bodoh bertingkat-tingkat

supernaturalee Publish time 17-7-2023 11:28 AM

prettyuglybabe replied at 17-7-2023 10:18 AM
reminder pada semua lelaki..
kalau dah emergency sangat, jangan la pancut berdiri..
cangkung la supa ...

kot acik tu ada masalah lutut caner


chikumanis Publish time 17-7-2023 12:46 PM

masa arwah abah ada, kami standby diapers pants untuk adult incase kalau terjadi macam ni

prettyuglybabe Publish time 17-7-2023 03:26 PM

supernaturalee replied at 17-7-2023 11:28 AM
kot acik tu ada masalah lutut caner

pandai-pandai la cover cam mana orang tak nampak air pancutan tu..

supernaturalee Publish time 17-7-2023 05:12 PM

prettyuglybabe replied at 17-7-2023 03:26 PM
pandai-pandai la cover cam mana orang tak nampak air pancutan tu..

tok sah duk tgk la org tgh berbisnes
what's wrong with u people? pervert much?

:lol:

prettyuglybabe Publish time 17-7-2023 05:21 PM

supernaturalee replied at 17-7-2023 05:12 PM
tok sah duk tgk la org tgh berbisnes
what's wrong with u people? pervert much?

kalau tak nak orang pandang, cari tempat tersembunyi..sendiri la pandai jaga maruah diri..

Rotipitadaging Publish time 18-7-2023 04:52 PM

prettyuglybabe replied at 17-7-2023 10:18 AM
reminder pada semua lelaki..
kalau dah emergency sangat, jangan la pancut berdiri..
cangkung la supa ...

Tu la...tambahan pulak kencing berdiri ni blh jd penyebab sakit kat prostat....

hudalarva Publish time 19-7-2023 01:01 PM

kesian... time tgh jem mmg understandable lah... kalau dlm kereta bapak i mesti ada simpan botol plastik utk kes2 emergency mcm ni... untungla ada punai...

acik porum pun toksah la victim blaming sangat... patut u kutuk pompuan bengap clout chaser tu... tibahh nak kena jaga maruah segala :lol: kalau dah terpandang tu dah tak reti nak berambus ke sial... jenis pompuan taktau malu je terus pandang dan rakam... nak tilik punai pakcik2 agaknya...

liyamariska Publish time 20-7-2023 07:57 AM

makin lama makin ramai manusia bermasalah mental...

sanggup wat saja utk perhatian tanpa berfikir dahulu...

{:8_662:}

otai_g Publish time 20-7-2023 11:23 AM

Bkn org tua je, org muda pun ada masalah nak kencing Bila highway Jamed. Toilet dkt RNR pun beratur pnjg mat. Sesuatu perlu dilakukan Oleh plus.

salimrock Publish time 20-7-2023 12:04 PM

pernah la nak terkencing, mujo pakai helmet full face, sapa rakam nasib la...

wa mula2 nak pancoq kt belakang petronas, sebab toilet tutup zaman krisis air selangor..

sekali ada mesin pandu lalu bersuara ckp good morning...haha wa start moto kencing tempat lain

babelina Publish time 21-7-2023 11:12 AM

lalu pula ko nk record org kencing ker.. berak ker.. tepi jln.. kotorkn hp jer..

chiyoasuka Publish time 27-7-2023 10:27 PM

zmn skg kena hati2 kau buat apa pun ada mata2 diluar yg sibuk nak viralkan
Pages: [1]
View full version: Rakam Sambil Gelak Tengok Pakcik Tua Kencing Tepi Highway, Pemandu Honda Kesal Bapa Uzur Diaibkan


ADVERTISEMENT